Wednesday, December 31, 2008

Pencerobohan GAZA.

Bila aku baca paper hari2....aku terkenangkan rakyat palestin yang ada kat Gaza tue.. hari2 kena bedil dek Israel laknatullah tue.... rakyat palestin menyambut tahun baru 2009 dengan dihujani peluru dan bom oleh tentera2 Israel.

betapa jahatnya Israel menindas dan menambahkan lagi derita rakyat di Gaza.. perbuatan menceroboh Gaza oleh Israel patut dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Amerika yang menjadi polis dunia pun tak mampu mengekang Israel.

Lagipun, without the American's support, Israel now is even more powerful against any or even all Middle East muslim countries combined. Their nuclear arsenal is no match for Iran who is struggling to produce any nuclear threat to Israel. The balance of power is on Israel's side. But Israel fears Iran even if Iran can produce just one nuclear weapon, that means certain disaster. To wipe out Israel from the face of the earth, Iran or muslim terrorists must attack Israel with nuclear weapons, but Israel will certainly retaliate by unleashing its nuclear arsenal to Iran and all muslim countries of the middle east, a nuclear holocaust that will wipe out Israel and the muslim countries alike!

What will happen after that nuclear holocaust? Don't think that Israel is wiped out. The Jews of US and the world over will still flock back to Israel and build a new Israel faster than any muslim can rebuild their devastated state of the middle east. Then we go back to square one maybe this time with an even more advanced new state of Israel surrounded by the far far lesser states of muslim countries........

The Palestinians are taking the beating, everyday they are dying.....The best we Malaysians can do is symphatizing, lamenting and....boycotting Israel's goods? What else can we do? All these while....NOTHING! Why? Because we are weak ourselves. The super rich Arab countries are so cowed to use their oil money to make themselves a powerful nation because all they care for is to enrich their princes and kings before the oil runs dry.

Semoga Allah melindungi rakyat Palestin di Gaza dan menghancurkan Israel laknatullah tue... semoga kemenangan berbalik kepada tentera fisabillah!!! Allah Akbar!!!

Tuesday, December 30, 2008

TSSSB Leadership Convention 2009

Aku baru terima panggilan dari one of the exec kat HR TSSSB tadi...nak tanya pendapat daripada aku... errkk.. siapa aku utk diorang tanya pendapat.. apapun, tq la yer... aku cuma memberikan pendapat aku sebaik yang mungkin.

pendapat apa? actually diorang tanya, nak tanya pendapat aku sama ada nak kuliah subuh tak masa leadership convention 2009 nanti...

then aku pun jawab la, untuk pengisian rohani bagus dan aku sokong(walaupun aku pun tak pernah attend kuliah subuh untuk 3 leadership convention sbelum nie).. hehehe...

then, aku tanya kat mana....Insya Allah, TSSSB Leadership Convention 2009 akan diadakan di Bukit Tinggi Resort. .mungkin 15-17 Januari 2009 nie kot..pehhh... besh tue...

Just nak recall balik venue TSSSB Leadership yang hendak masuk tahun ke4...

2006 : IOI Resort, Putrajaya.
2007 : Grand Season Hotel, KL.
2008 : Istana Hotel, KL
2009 : Bukit Tinggi Resort, Pahang (tentative)

untuk 3 tahun berturut, aku bersuara pasal kebajikan exec tsssb... tahun nie, aku nak senyap jer.. just nak follow kursus jer..huhuhuh.... xlarar laaa..

apapun, tak sabar lah pulak convention nie.. jangan kata aku..semua exec pun 4sure tak sabar...jumpa di sanaa...

chowww......

C U T I . . .

Aku baru balik dari Poliklinik Seri Permai, Presint 9, Putrajaya... klinik nie adalah klinik panel untuk TM dan TSSSB.. kenapa aku pergi klinik? sebab since semalam, aku demam... panas beb... sampai bengkak mata aku...tue yang doc bagi mc 1 hari...

nasib baik la ada pasar tani kat Presint 2 semalam.. tue yang aku pegi dengan wife aku lepas balik kerja dan beli air kelapa 1 biji.... dengan air kelapa nya, dengan 100plus nya... tue yang kebah sikit....

aku sebenarnya memang nak kerja hari nie.. ada 1-2 benda kes yang aku nak follow up... adehh.. xpasal2 mc hari nie.. xberapa fit laa...

tapi bila sebut pasal cuti kan....tahun 2009 aku ada 32 hari cuti tahunan... 25 hari kelayakan aku tambah dengan 7 hari carry forward leave...fuhfuhfuh.... rasa macam banyak... tak tahu nak buat apa... huuhuh... kalau tahun 2008 nie aku banyak amik cuti sebab nak uruskan perkahwinan... rasa macam tahun nie confirm melebih2 cuti aku.. huhhuh..

apapun bagi aku kalau cuti pun sama macam kerja...bak kata home office... kena buat keje jugak dari rumah.huhuhuu..

apapun, selamat menyambut tahun 2009....

choww...

Monday, December 29, 2008

A Z A M 2 0 0 9

Bila sebut tahun baru... 4sure macam2 azam yang akan timbul.... padahal, azam2 tahun sebelumnya nie pun tak pernah nak settle.. hahahha..

alaaa... bukan aku jer, ramai jer orang kat luar tue yang x tercapai azam diorang... tapiii... beza laa azam kita nie bila kita masih bujang dan masa dah berkahwin... yer laah... kalau dulu masa bujang, azam yang nak dibuat hanya untuk puaskan diri sendiri...

nie bila dah kawin nie, takleh la nak pentingkan diri sendiri.. huhuhuuh.... kena fikirkan juga pasal isteri/anak/keluarga/mertua dan orang sekeliling kita.. fuhhh.. makin berat rasanya tanggungjawab aku kali ini.

tapi takper... aku percaya pada qada' dan qadar...tuhan akan sentiasa memberikan dan mencurahi kita dengan rezeki kalau kita sentiasa berdoa dan memohon daripadaNya.

walaupun tanggungjawab aku semakin berat, aku amat bersyukur isteri aku sentiasa berada di sisi memberikan sokongan. syukur juga mertua aku memahami kami berdua...

aku berharap dengan kedatangan tahun baru islam 1430H dan tahun baru 2009 ini, aku akan terus kuat dalam hidup... tidak cepat patah semangat dan terus bekerjaya...dan yang penting sentiasa berdoa;

"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku Memohon Agar Kau Senantiasa Membukakan Kami Sekeluarga Pintu Rezeki Seluas-Luasnya dan Jauhikan Kami Dari Segala Masalah"....AMIN...

Friday, December 26, 2008

Santai2....

Hallow..

aku sekarang nie berada kat dalam salah satu cc (cybercafe) kat bandar masjid tanah.. menunggu sementara kereta aku diservis... kat proton service center masjid tanah...aku tukar engine oil, air filter sahaja... barang2 lain seperti minyak brake dan coolant, diorang dah abis daa...tunggu stock tahun depan.. gitu lak..

dari pagi tadi, aku dah bangun sebab nak ke laut beli ikan.. sejukk wehh... dengan hujan nyer... besshh.. kalau tak kena pegi laut (teluk gong), xder nyer aku nak bangun..baik terus melayan mimpi aku yang ntah apa2 ntah tue.. wahahahha....

sarapan dengan family aku sepatutnya kat tepi laut tue, tapi tutup lak.. ayah aku cakap dia cuti kot.. hahaha... lawak gak! last2, kitorang pegi sarapan kat kedai ali (sebelah BSN Masjid Tanah).

Kedai ali nie selalu aku pergi masa aku sekolah dulu... dia masak nasi goreng sedap.. nak2, nasi goreng ayam.. hehehe.. beshh beebb!!! dia nie duda....dah kematian isteri....sampai la nie tak kawin2 lagi...rambut dia kalau dulu botak (takder rambut), la nie dah pandai simpan rambut dan sikat kat tepi tue.. huiyoo...

mak aku dengan wife aku tengah masak asam pedas ikan parang kat umah tue.. terliur lak tekak aku.. huhuhuh... xsabar lak aku nak lunch... hehehhee..

apa lagi ekk aku nak mengomel... ntah... tetiba jer blur...

okaylah.. selamat bercuti kepada semua yang masuk blog aku (hekk elehh..ada ke orang masuk blog aku)...choww..

Thursday, December 25, 2008

R A S A . . .

Manusia dijadikan oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini... ada yang dilahirkan cukup sempurna, tidak kurang pula ada yang kurangnya.. bermacam2 sikap, sifat, perangai dan sebagainya... bagi aku sendiri, aku pun tak pasti dalam golongan mana... Wallahualam...

Ntah..tiba2 jer aku rasa sedey..sebak..

sebab apa?? sebab aku nie teruk kot..teruk??? ntaahh.... aku tak boleh jugde diri aku sendiri...not fair.. let the other people judge me.. tapi kan.. aku rasa... kalau ada undian sms, aku la yg paling sikit markah kan? hahahhaa...

kenapa aku taip benda nie.. sebab kita semua manusia tidak pernah sempurna.. tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada..takut untuk berubah.

dalam hidup nie, sampai satu tahap, aku berdoa jangan lah hidup aku nie menyusahkan hidup orang lain...aku xnak menyusahkan orang lain semata2 nak sempurnakan hidup aku... sebab, aku tahu, kalau hidup manusia yang menyusahkan orang lain, kelak hidup kita tak akan pernah rasa senang...

mungkin ada orang cakap yang aku nie fikiran tradisional dan jumud.. sebab apa??? sebab banyak limitation dan pantang dalam hidup aku..ini tak boleh...itu tak boleh... mungkin aku dibesarkan dalam suasana macam ini..yang penting, aku tak nak menyusahkan orang..

mana2 rakan2 or sesiapa saja dalam hidup aku yang ada rasa susah sebab aku ni... aku minta maaf yaa... tapi yang nyata, aku memang takde niat untuk buat begitu...

peace!!!

Tuesday, December 23, 2008

Timing Belt...

Kalau ditanya kepada mana2 savvy owner ataupun budak2 savoc(savvy owners club)...antara benda yang paling menakutkan in term of price is "Timing Belt".

sebab apa??? of course sebab HARGA!!!

kenapa sebab Harga? sebab mahal!

kenapa mahal? sebab sparepart savvy mahal!

kenapa sparespart savvy mahal? ntah....memang mahal...

"Timing Belt Savvy = MAHAL"

***** mileage kereta savvy biru aku dah jejak 89K dah...risau gak sebab dah nak 90K..selalunya, dalam 80K orang dah tukar... series risau.. tapi, bila mengenangkan harga yang agak terlampau. terus kadang2 tue hilang mood.. huhuuh

kalau kat tempat aku, masjid tanah, melaka... timing belt sahaja dah RM480..tak masuk labor cost...agak2la kan berapa labor cost?

kalau kat proton service center lak, tukar timing belt RM550...fuhh....

kalau kat RS Auto kat puchong yg selalu kawan2 Savoc pergi pun RM500...aiyak... dan timing belt untuk 60,000KM sahaja..

tapi... kalau beli kat redline, timing belt Dyco=RM380...untuk 100,000KM... tapi kalau bawak ke RS Auto, labor cost RM120... soooo, RM380+RM120=RM500 jugak!! uwaaaa....

nak tak nak kena tukar juga... nak servis lagi... mahunya nak jejak RM800 untuk buat semua nie... aarrgghh........ fenin2... :(

Menonton Wayang?

Insya Allah, kalau takder aral melintang, aku plan nak bawak wife aku pegi tengok cerita Adam Sandlers yang baru nie..."Bedtime Stories"...tiket pun dah beli dah.... saja2 nak releasekan otak nie.. asyik kejer jer.. lagipun esok kan cuti umum.. :)

Aku dah standby nak gelak kuat2.. hahahha :P sebab cerita Adam Sandlers semua takleh blah.. hahaha...memang kelakar... aku actually jatuh cinta kat cerita Adam Sandlers nie sebenarnya start aku tengok dia berlakon dalam cerita Happy Gilmore... alaa.. cerita ice hockey player tukar ke golf... lawak gilerz!! start tue la cerita dia aku tak pernah miss...

Lawak spastik dia memang...ntahapa...tapi lawak! Anger Management, Click, Meet The Zohan, semuanya aku tengok wayang..

Apapun, harap his new movie nie takkan mengecewakan aku laa kan...

daarr...(nak sambung keje)

Monday, December 22, 2008

Ntahlaa...

Kadang2 tue kan, aku terfikir......

apa salah nyer kerja customer service? sehinggakan sampai satu tahap, rumusan aku pasal customer service ini adalah :

customer service = kena maki + tiada penghargaan + masalah orang lain + nobody understand

aku memang salute dengan orang2 customer service kt TMpoint...walaupun back end support dari pihak2 berkaitan giler teruk... tapi staf kat TMpoint masih boleh survive...masih mampu bersabar... sebab apa?? sebab AMANAH KERJA!

aku faham laaa... aku dibayar kerja sebagai orang yang keje kat customer service line nie... tapi, kitorang kat customer service nie seolah2 pekerja kelas kedua/kelas bawahan.

kita jadi orang perantaraan di antara syarikat dan pelanggan... aku masih ingat lagi kata2 orang HQ... "jangan ambil hati kalau diorang marah awak...diorang tak marah awak...diorang marah syarikat sebenar".....

kalau nak tahu, itu lah ayat yang paling bodoh sekali dalam hidup aku yang aku pernah dengar! diorang tak kerja kat customer service line tue boleh laa cakap macam tue... tak menghadap pelanggan! macam palat jer bunyi nyer..

kalau customer dtg maki2 kiter... dia maki syarikat ker? aku tak fikir begitu... come on laa... cuba la bercakap sebagai manusia yang ada hati dan berperikemanusiaan sikit. memang ada orang akan cakap aku nie typical mind set... narrow minded... pedulik hapa... aku kerja kat sini sebab nak tolong orang... bukan nak kena maki, kena hina semuanya... kita faham la customer yang datang tue memang ada masalah... tapi, kalau datang 1st time ke sini, cakap bukan2.. maki bukan2...hina bukan2... walhal tue la 1st time dia datang complaint kat ofis aku.... ada akal ker?

seriess.. kalau aku nie bukan manager customer service...dan customer nie carik pasal dengan aku kat luar... hidup mati aku pada Allah SWT sahaja!!! memang bukak gelanggang!!! cakap dalam bilik aku memang gebang!!! tapi akal takder!!! aku memang pantang dengan orang2 macam nie... seolah2 masalah dia sahaja yang perlu diambil kira dalam dunia fana nie... xnak faham dengan apa yang kita tawarkan untuk bantu... bedebah!!!!

patutlaa mak aku tak bagi aku jadi polis.. sebab orang2 macam nie yang boleh buat aku nak berembat....aku pulak pantang benda2 macam nie.... ntahlaa.. aku kadang2 give up dengan masalah2 diorang...

wallahualam.....

***astaghfirullahalazim*** (ya allah.. kau berilah aku kesabaran dan kekuatan dalam kerja aku sekarang ini...AMIN...)

Layanan?or abaikan?

wacchaa!!!

well, kami baru pulang dari Alamanda, Putrajaya..ramai giler orang malam nie... actually xder plan apa2 pun... cumanya nak survey2 baju/seluar kerja kat parkson.. inilah 1st time aku beli baju di parkson..

dan..... ini mungkin yang terakhir!!! ntahhlaa... bila kerja dalam customer service nie, kita pun nak juga dilayan seperti seorang customer...kat office pun xberani dan terpaksa layan customer lain macam nak rak... kena maki... kena perli.. kena hamun.. itulah rutin mereka yg kerja di customer service line nih..

tapiii... masa aku beli baju kemeja di parkson tadi, aku cukup bengang dengan sikap promoter dia.. sebelum aku nak beli seluar dan baju, aku dah tanya dia sama ada alteration service utk seluar or tak..dia kata ada.. kalau nak, aku kena pergi bayar dulu kat kaunter dan datang jumpa dia balik....

lepas aku bayar, aku pun pegi la ke tempat dia balik....last2 dia kata apa nak tahu?? "sory incik...tailor dah lama balik".... aku pun cakap kat dia... "tadi u kata ada and u suruh i bayar then datang kat tempat u..nie u kata xde pulak!".... nak tahu promoter tue kata apa? dia sepatah haram tak cakap apa....tarik muka dan terus layan customer lain walhal aku tak habis nak cakap... boleh dia buat bodoh jer...

aku pegi balik kat cashier then cashier tue kata, "cuba encik minta tolong kat promoter lain kat depan tue..".. aku pun tergedek2 pergi kat promoter yang sorang nie pulak..."boleh alter seluar, aku tanya kat promoter tue.." boleh dia kata apa.... seluar aku brand lain dan dia sibuk...." mahu nya aku tak melenting masa tue.... xpasal2 aku mengamuk kat situ..

series... kalau ada orang parkson masuk blog aku nie... aku cuma nak cakap... tadi tue 1st and last aku beli barang kat parkson alamanda tue!!! baik aku pegi jusco... kalau sale tue.. memang terasa la ada sale!!!

huuiisshhh..........macam2...choww....

Sunday, December 21, 2008

Lawatan Ke Rumah Staf

Insya Allah, hari ini, semua manager TMpoint Kuala Lumpur dan ex-kl(yg dah msuk hq) akan pergi melawat Puan Rubiza(TMpoint Pandan Indah) yang baru sahaja menjalani pembedahan dan rawatan ekoran penyakit kanser yang beliau alami.

Lawatan ini juga Insya Allah akan disertai oleh SBM KL, En.Ibrahim, En.Maslan,aku, maisyara,farah dan faridah...

Insya Allah, kami akan menyumbangkan sedikit sumbangan dari rakan2 setugas dr seluruh TMpoint Kuala Lumpur. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Puan Rubiza dan sebagai tanda sokongan kami terhadap beliau.

Semoga beliau akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Latest Update @ 4.58pm: Just came back from her house.. so far, rubiza nampak ceria cuma dia dah susut...Alhamdulillah, kutipan derma kilat dari TMpoint seluruh Kuala Lumpur (Muzium, Menara, TAR, Pandan Indah & Bangsar) adalah sebanyak RM 705.00 dan telahpun diserahkan kepada beliau semasa lawatan kami tadi.

Lepas lawatan kitorang semua sempat lunch lauk ayam kampung (xmacam ayam kampung pun...) di Velodrom Cheras.. ala kat downtown, Cheras tue.. lauk biasa jer.. xde la sedap mana pung.. huhuuh


Apapun, modah2an, rubiza akan kembali pulih dan terus kuat untuk bekerja seperti sediakala.

Transfer or Transfered?


Aku baru terima satu email dari boss aku... ada ura2 yang aku akan kena transfer? fuhhh... aku terdiam tak terkata... dalam email tue kata, aku akan ditransferkan ke............ tapi aku agak kurang selesa kalau ke sana.. aku lagi prefer ke..........
transfer nie disebabkan ada perubahan struktur dan kekosongan yg ditinggalkan di salah satu tmpoint di klang valley ini.. so, it will affect some manager tmpoint... akan ada rotation and transfer to fill the vacancy.
ada pro and kon dalam isu nie...cumanya, aku ambil dari sudut positif sahaja... aku di sini hampir 2 tahun... since Februari 2007...
udara dan suasana baru mungkin perlu... apa yang pasti, aku amat selesa bekerja di sini.. walaupun here is one of the toughest tmpoint coz more deal to big issue and mgt people, this is a challenge for me..
banyak gak yang aku belajar hidup dalam ofis nie... aku nie pun walaupun dah kerja almost 3 tahun lebih, tapi aku rasa aku masih lagi merangkak dan setahun jagung.. banyak benda yang aku belajar setiap hari...cumanya tak dapat ijazah jer kan.. hahahha..
ntahlaa... aku hanya mampu berserah... segala keputusan aku sandarkan pada boss besar aku...kalau ikut hati, kalau boleh remain tue remain di sini juga.. tapi.. kalau dah itu arahan syarikat, aku kena lah terima (walaupun berat)...
nasib... nasib.......................

IJN Privatisation

Assalamualaikum wbt..

Actually kan aku sangat tertarik dengan isu penswastaan IJN yang hendak diserahkan/dibeli oleh Sime Darby. Actually, aku agak kurang bersetuju if in case Sime Darby dibenarkan untuk memperoleh pegangan ekuiti pemilikan di dalam IJN.

IJN milik orang awam... kalau SD dah take over, ianya bukan milik orang awam lagi... ianya akan menjadi milik orang2 kaya yang sepatutnya lebih mampu untuk pergi ke private institution yg lain.

Yer la.. walaupun SD kata ianya part of their CSR (Corporate Social Responsibility) tapi ianya tak mustahil akan jadi liability kepada SD sebab terpaksa bear cost pesakit yang nak dapatkan rawatan di IJN.

Sime Darby already owns and runs the most expensive healthcare centre in the country……..the former Subang Jaya Medical Centre.(an expensive place to go to die. They are quite courteous. They give you a running tab to see how long you can keep your relatives alive, and to let you see by when you wish to pull the plug)

Why does SD need to take IJN? Why does a profit based operating company such as SD-SJMC need to take over its “competitor”. To have a monopoly I guess! This would not be allowed in many parts of the world. But in Malaysia………..boleh!

If SD wants a heart centre, why not use its money and build a new one? Why take over IJN? Wouldn't that be better for the country? Let supply exceed demand so that the charges go down........but no....no business and profit minded organisation would want that would they? So the best way to increase profits would be by taking away the competition.

The govt will proceed with it regardless of the objections from the rakyat. Since thats the case, why are other parties not allowed to bid for IJN? Why is it being handed over on a silver platter to Sime Darby? Lets have a competetive bid, but first get some professionals to evaluate what it is worth.

At this rate, better watch out. Its only a matter of time before GH and UH also go in the same direction

Langkawi Vacation...

Halloowww...

Well,tak sabar rasanya nak tunggu 08 Januari 2009.. Insya Allah, kalau takder aral melintang, aku and wife akan bercuti di langkawi.

Seingat aku, last time aku pergi Langkawi masa aku form 5 masa sekolah menengah dulu... aku masih ingat lagi, kitorang satu rombongan tidur kat langkawi letrik di pekan kuah, langkawi. berhimpit beramai2....kenangan naik feri, bas semua dalam ingatan..

Setelah 11 tahun since 1998(masa aku form 5 dulu), inilah kali pertama aku akan ke Langkawi.. tapi kali ini suasana dan status telah berubah.. hehehe.. Insya Allah, kitorang akan naik flight MAS...tiket pun dah amik kat MAS Ticketing Office,KL Sentral..dah lama aku beli via MAS low fare... murah beb!!! lagi murah dari Air Asia....dah lama gua riki Langkawi nie.. macam besh jer sekarang!

tak sabar dowh..... aku teringin nak naik cable car dan pegi underwaterworld.... yeahhh... xsabar beb...xsabar... nak2 dengan isteri tercinta... besh.. besh.. :)


Friday, December 19, 2008

Weekend Program

hari ini hari sabtu..esok hari ahad...means 2 hari nie adalah hari cuti (semua orang tahu benda niee.. apa2 ntah....)

soo, kitorang plan nak balik meru pagi nie...jalan2 kat jusco bkt raja petang nie... nyopping sikit.. untuk adah punya barang sekolah...

so far, belum ada program lagi.. aku pun tak tahu nak wat apa... aarrghh...

la nie tengah melayan Bean Holiday yg aku record dari Astro Max... lapa laa.. daarr.....

Histeria

Aku baru jer balik dari tengok cerita Histeria, lakonan mantap Lyana Jasmay, Scha dan lain2....

So far, filem arahan James Lee boleh diberikan saludos kpd beliau sebab skrip, jalan cerita dan olahan semuanya menarik..

hahaha... siap menjerit2 audience dalam GSC Alamanda tadi tengok Histeria.. memang histeria beb..

So, mana2 yang belum tengok tue, pergilaa.... jangan kutuk2 xtakut....xpasal yang cakap besar tue kang yg menjerit lebey2.. hehehe..

chowww....

Thursday, December 18, 2008

Trainer? or being trained?

aku la nie dalam tempoh untuk train staf2 aku mengenai Celcom Next.... sistem baru ini menggantikan CDP (celcom dealer portal) yang semua TMpoint seMalaysia pakai sebelum ini.

aku bahagikan kepada 3 Fasa... fasa 1 (pengenalan) aku dah briefed kat diorang semalam... at least diorang aware pasal apa benda alah nie.... apa basic concept dalam Next nie....

Insya Allah, 2nd phase aku sambung esok... sebab xbuat hari nie.. aku ada date dengan wife aku kat Alamanda.. kuikuikui :p Fasa 2 esok akan menerangkan berkenaan rules and regulation dalam tatacara Celcom Next.

Fasa ke3 pulak aku akan plan Isnin nie (22 Disember 2008)...ianya akan more to life system.. aku akan ajar diorang sampai faham.. biar 2-2 faham :)

ok laa... nak chow dulu.... wacchaa!!!

Wednesday, December 17, 2008

Pilihan....

Dalam hidup nie... memang banyak pilihan.... yang penting, jalan mana yang harus kita pilih.... sama ada pilihan itu pilihan yang bijak ataupun tidak bijak, hanya akal waras yang dikurniakan Allah SWT sahaja yang boleh membedakannya... tapi, kalau akal nie dah berserabut, pilihan pun kadang2 boleh salah jalan..kan?kan?

Itulaaa.... aku pun nie di dalam dilema.... sama ada nak meninggalkan TMpoint Menara TM yang aku sayang bangat nie ataupun keluar dan mencari angin baru.... itu yang menjadi persoalan pilihan ini... hurmmm.... pening gak kan???

Bila sebut angin baru.... mesti ada yang tertanya... dapat keje baru ker? resign ker? transfer ker? fuhhhhh..... susah nak jawab nie...;) xper... tengok dan lihat sahaja ya.. :) aku tak nak bak kata pepatah melayu.."yang dikejar xdapat... yang dikendong berciciran.." "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah yang tahu"...

Apa yang pasti, for certain time of period... everybody will change... changes will happen for every single minute... even not now...the time will comin' soon....

pilihan....pilihan..... memang fenin!

Friday, December 12, 2008

Tuesday, December 9, 2008

Birthday Celebration....

Well.... special thanks to all my staf for their wish and little ceremony to celeberate my birthday last week.... tq for the secret receipe... :) really appreciate it...


Monday, December 8, 2008

Gambar Family Day and Aidiladha Festive

waachaaa!!!!

ketemu lagi dalam blog aku nih... macam yang u all tengok... gambar2 nie semua diambil masa family day aidiladha bertempat di Inderapura Lake Resort, Pekan, Pahang...

walaupun hujan lebat dan tempat kitorang tue dah naik air..kitorang ramai2, 11 family mengagahkan diri berkumpul ramai2 di sana..

so far, accomodation dah best dah...cumanya, hujan lebat yang tidak berhenti since kami datang dan sampai kami balik semalam merencatkan sedikit kelancaran majlis...

walau apapun, ianya tetap meriah dengan kehadiran atuk & mak atuk, kitorang sefamily, cik be and family, mak andak & family, cik nonong & family, cik kam & family, pak long & family(tuan rumah), ina, lan, pejal, nurul, uncle & family...

tq juga kepada pak long kerana sponsor makan minum sepanjang program kitorang di Bamboo Cafe... besh giler laa!!!! saludos kepada chef razman (penah jadi chef kat A Famosa Resort) kerana masakan dia memang kelas!!! tq juga pada pak long sebab sediakan kitorang yang pelahap nie dengan masakan killer dish, "ikan patin tempoyak".. beshhhh gilerz!!!!!!

hurmm...memang meriah laaa.. ada karaoke competition, majlis tukar2 hadiah... cabutan bertuah...aku dapat set thermos utk tukar2 hadiah dan hanger cover utk cabutan bertuah... utk karaoke, aku menang... kuangkuang... (suara xsedap pun leh menang)..wakakkaa... aku nyanyi lagu Datang dan Pergi (sweet charity)... huhuuhu... maken lebat hujan malam tue.. hahahhaa...

soo...ok laa... nak sambung tido.. baru sampai putrajaya pagi nie selepas menempuh hujan sepanjang hari...

enjoy.... wacchaaa!!!! zzzzzzzzzzzzzzz....











Saturday, December 6, 2008

Family Day@Pekan, Pahang

waachaaa..... hallow bloggers...

masa aku masuk blog nie via Celcom 3G, chalet and tempat family day kitorang tengah hujan lebat... fuhhhh... jangan laa hujan lebat sangat... risau lol..

hujan nie tak berhenti dari jam 7am tadi sampai la sekarang 2.30pm..... air ke chalet kitroang kat Inderapuri Lake Resort dah bertakung... huhuhuuh....

apa2pun, nanti gambar2 during this family day akan aku upload bila aku balik nanti...

salamzzz dan selamat menyambut hari raya aidiladha.....

Friday, December 5, 2008

penat?blur?

wacha... (wacha yang x bersemangat petang nie).. huhuhuh..

penat sangat 1-2 hari nie.. maybe, banyak sangat customer complaint kot... wallahualam... atau aku je yang banyak berfikir.??? ntahh... aku pun tak faham..

penat sangat... dengan malam nie nak balik melaka... then esok pagi nak berangkat ke Pekan, Pahang... aduuhh.... macam tak larat..

takper laaa....life must go on!!! life is great man!!

btw, wish all bloggers Selamat Hari Raya Aidiladha.......