Insya Allah, hari ini, semua manager TMpoint Kuala Lumpur dan ex-kl(yg dah msuk hq) akan pergi melawat Puan Rubiza(TMpoint Pandan Indah) yang baru sahaja menjalani pembedahan dan rawatan ekoran penyakit kanser yang beliau alami.
Lawatan ini juga Insya Allah akan disertai oleh SBM KL, En.Ibrahim, En.Maslan,aku, maisyara,farah dan faridah...
Insya Allah, kami akan menyumbangkan sedikit sumbangan dari rakan2 setugas dr seluruh TMpoint Kuala Lumpur. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Puan Rubiza dan sebagai tanda sokongan kami terhadap beliau.
Semoga beliau akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.
Latest Update @ 4.58pm: Just came back from her house.. so far, rubiza nampak ceria cuma dia dah susut...Alhamdulillah, kutipan derma kilat dari TMpoint seluruh Kuala Lumpur (Muzium, Menara, TAR, Pandan Indah & Bangsar) adalah sebanyak RM 705.00 dan telahpun diserahkan kepada beliau semasa lawatan kami tadi.
Lepas lawatan kitorang semua sempat lunch lauk ayam kampung (xmacam ayam kampung pun...) di Velodrom Cheras.. ala kat downtown, Cheras tue.. lauk biasa jer.. xde la sedap mana pung.. huhuuh
Apapun, modah2an, rubiza akan kembali pulih dan terus kuat untuk bekerja seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment