Thursday, March 26, 2009

Pasal Hati


Bila kita sebut pasal hati, masing2 akan ada pandangan sendiri pasal hati.

ada yang suka hati, geli hati, makan hati, kecik hati, keras hati, berhati-hati di jalan raya.. ehh!!! lawak lak.. :P

ada juga manusia nie bila sebut pasal hati, mula lah rasa lapar nak makan.. hahhaa.... makan hati goreng... ceh!!!

tapi, bila kita bercakap pasal hati, kita di situasi mana? :)

anda tentukan!! renung2 kan...

p/s: aku tengah rindu wife aku tiba2...takkan boleh lupa macam mana aku leh jatuh hati dengan dia :)

Wednesday, March 25, 2009

TMI bakal dikenali sebagai Axatia

KUALA LUMPUR 24 Mac - TM International Bhd. (TMI) akan dikenali sebagai Axatia mulai pertengahan bulan April ini dalam usahanya memajukan identiti barunya selepas program pemisahan dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) berjaya disempurnakan.

Pengerusi TMI, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, melalui nama baru tersebut, ia akan membayangkan misi, hala tuju, strategi dan transformasi yang dimiliki sebagai syarikat bertaraf antarabangsa yang sebenarnya.

Katanya, penukaran nama tersebut akan membolehkan TMI menjadi syarikat baru daripada segi identiti dan falsafahnya untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pemegang saham dan masyarakat, pembekal serta di kalangan media mengenai nama TM dan TMI.

'' Penukaran nama ini akan dilaksanakan pada pertengahan bulan April tahun ini, tetapi kami mahu menegaskan di sini bahawa pelbagai jenama terkenal kami seperti Celcom, Dialog dan XL masih kekal,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) TMI yang berlangsung lebih daripada lima jam, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TMI, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim. Azman menjelaskan berkata, pada EGM hari ini, pemegang sahamnya telah meluluskan pemakaian nama baru itu sebelum dibawa untuk diputuskan oleh lembaga pengarah kumpulan.

Tambah beliau, Axatia dipilih daripada 700 nama yang dicadangkan oleh 20 kumpulan pemasaran dalam kumpulan, tanpa mengandungi sebarang makna yang khusus.

''Dalam pemilihan nama tersebut, kami pernah mencadangkan nama yang berasaskan nama bercirikan Melayu, Malaysia, sanskrit, Arab dan yang lain-lain bagi membayangkan keseluruhan platform pasaran termasuk di luar negara yang kami kuasai sekarang.

''Malah kami telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Datuk A. Samad Said untuk membantu kami membuat pemilihan tersebut, jadi hari ini adalah pengumuman awal mengenai nama baru TMI dan ia akan diumumkan dengan lebih lanjut lagi pada pertengahan bulan depan,'' jelasnya.

Azman menerangkan bahawa, TMI akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta bagi program penukaran nama berkenaan.

Selain itu, EGM turut menyaksikan pemegang sahamnya telah meluluskan cadangan terbitan hak untuk memperoleh hasil sebanyak RM5.25 bilion yang mana RM4 bilion daripadanya akan digunakan untuk melunaskan hutang TM.

Mengulas lanjut, Jamaludin berkata, terbitan hak itu akan membenarkan pemegang saham melanggan pada asas beli dahulu saham baru itu dan dalam masa yang sama ia akan mengukuhkan penyata kewangan dan struktur modal TMI.

''Berdasarkan kepada maklum balas daripada pemegang saham, mereka berpendapat bahawa kadar gearan kami yang tinggi telah menjejaskan harga saham kami, oleh itu, melalui terbitan hak tersebut ia akan menjadikan TMI lebih fleksibel dan aktif dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang sukar kini,'' katanya.

Tambah beliau, pemegang saham yang memilih untuk tidak melanggan terbitan hak tersebut, mereka boleh menjual hak masing-masing untuk memperolehi wang tunai di pasaran saham ketika hak itu diniagakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang bercadang untuk melanggan terbitan hak itu, harganya telah ditetapkan pada harga RM1.12 sesaham berdasarkan kepada asas lima hak saham untuk empat saham TMI sedia ada.

our dinner tonite...

hari nie wife aku masak beshhh....ayam black pepper... bendi goreng dengan tempe+ikan bilis goreng...

salah satu sebab kenapa aku sayang wife aku adalah dia sememangnya pandai masak... aku pun mula2 dulu macam xcaya dia nie leh masak...

tapi bila dah kawin nie.. baru aku tahu wife aku nie memang handal bab2 dapur nie..syukur Alhamdulillah.. so... aku serahkan bab2 dapur nie kat dia.. heheh :)

masakan untuk malam nie..

Selamat Pengantin Baru Fairosliza...


hari nie 1st day fairos masuk ofis dan kembali bekerja.... welcome back fairos!!! and selamat pengantin baru buat awak dan husband....

inai pun masih merah di jari....apapun, semoga kekal hidup berbahagia hingga ke akhir hayat...

tadi lepas operation meeting, sempat lah jugak buat majlis kecilan untuk serahkan hadiah dia... harap sudi terima daripada kami seluruh office.
staf2 aku masa bincang2....
hadiah dari kami untuk Fairos....

Tuesday, March 24, 2009

Pic During TM KL Teambuilding at Marina Coves, Lumut

Some of the picture......ini pun orang laen yang bagi.... kalau ada lagi, aku share dalam nie ya!

btw... betul ker aku nampak muda dalam nie?? wahahahaha.... (jeles la wife aku)... kuikuikui...







Monday, March 23, 2009

TM KL Teambuilding...

abis sudah program teambuilding kitorang kat Marina Coves, Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Redzuan selama 3 hari 2 malam..

anyway, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada Puan Hamidah (State General Manager TM Kuala Lumpur) kerana invite kami di TMpoint Kuala Lumpur untuk join sekali program diorang.

kitorang memang enjoy for the whole program..picture will be uploaded a.s.a.p... aku bawak kamera tapi xbawak charger...cehh!!! hangin jerkkk..

tapi aku tak boleh belah masa program ala2 Amazing Race, aku kena makan sandwich yang isinya adalah bawang putih dan belacan!!! aiyaakkk.... mual tekak aku makan belacan mentah.. bweekk.... hahahaa.... team aku Team 5 (COOL) pun merasa gak sandwich tue. hahaha..

masa bamboo rafting... grup kitorang paling lastt.. hahaha... assignment kena buat rakit daripada buluh dan kena kayuh ke tengah laut dengan 6 orang naik rakit tue..... at one time tue, 2 pendayung kitorang patah... tak boleh nak kayuh...macam hanyut jer... nasib baik bot datang hantar pendayung... btw... teluk batik dalam giler... 3 meter dari pantai pun dah tak jejak kaki.. giler dalam!!!

then, paling penat sekali masa jungle tracking...almost 3 hours naik bukit, turun bukit..redah hutan....sampai kejang2 kaki peserta semua...huhhuuh... sadis beb.. penaattt....

apapun, memang fun dan enjoy..... tempat pun cantek.... makanan giler sedap... apartment selesa habis.... service diorang pun bagus...

TM KL one team BOLEH!!!

Thursday, March 19, 2009

Journey to Lumut..

la nie aku tengah siap2 kan perkara terakhir sebelum En.Maslan pick up aku kat bawah... toiletteris, baju semua dah masuk....

malam tadi, sempat pergi parkson, alamanda beli tracksuit 2 helai semata2 untuk teambuilding dan sepasang kasut sukan...ala murah jer kasut... RM 25 jer... hahahaha... 50% less meh..

pagi nie isteri aku pergi keje dengan ummiaqeef (rozie)...sory la sayang...b tak dapat nak hantar pagi nie....

aku berempat akan naik kereta... En.Maslan(Mgr TMpoint Pandan Indah), En.Ibrahim(Mgr TMpoint Muzium), En.Haizi(Mgr TMpoint Menara TM), dan En.Zack (State KL Mgr) akan bersama2 naek keta ke Teluk Batik..

harap perjalanan pergi dan pulang selamat dan dilindungiNya...

buat isteri tersayang : kim salam org kampung dan windu b selalu thaw!!! :)

Tag- My other half (from my beloved shinnaz)

Tag- My other half (from shinnaz)
Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. she’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

-SPA Q or America's Next Top Model or AF7 or Raja Lawak 3

2.You’re out to eat; what kind of dressing does she get on his salad?

-tak suke makan salad kot..haha..kalo ade pun mestilah ngn sos+mayo

3.What’s one food she doesn’t like?

-nasi goreng..(laki dia suka makan nasi goreng...dia boleh lak tak suka..huh!).

4.You go out to eat and have a drink. What does she order?

-honey dew + tomyam....

5.Where did she go to high school?

-Sek Men Keb Meru (giler x best.. hahahahha.. :D)

6.What size shoes does she wear?

-tak tentu...so far 6 or 7

7.If she was to collect anything, what would it be?

-giler banyak... handbag + kasut/sandal/wedges.. aiyakkk... leh buat arkib dahh..

8.What is her favorite type of sandwich?

-sardine mix wif egg sandwich

9.What would this person eat every day if she could?
- laksa......suka betul dia dengan laksa....


10.What is her favorite cereal?
-Honey Star kot..


11.What would she never wear?
-jubah kot....


12.What is her favorite sports team?

-ada ker??? oh yaaa... ada... "PV n Pirates".... roll call... aiyakkkk..........


13.Who did she vote for?

-aril Af7 (giler nyampah.... )

14.Who is her best friend?

-jana,bibi,oya, moon,fynaz.... and mestilah hubby dier...tak gitu syg??? ;)

15.What is something you do that she wishes you wouldn’t do?

-membebel.... :P sowy la yer syg... hahahah :p


16.What is her heritage?

-pure jawa bini aku nih... hahaha

17.What is her favourite colour?

-blue and light color

18.What is her habit?

- senyum depan cermin...tapii...xper... makin sweet lak.. :)

19.What is she proud of?

-tue kena tanya die lol..

20.Lastly, do you think she will read
-defiitely yes!!!

Wednesday, March 18, 2009

Seafood Bagan Lalang

Semalam lepas balik dari keje, sempat melenjan ke Bagan Lalang untuk test seafood.

saje2 jer bawak wife aku ke sana sebab kononnya nak cari butter prawn...tapi... unluckily... takder lak butter prawn.. butter diorang dah abis.. wakakaka.

tapiii... kalau nak compare muara klang dengan pantai jeram kan... tak salah aku katakan kat bagan lalang nie, seafood dia kurang menarik dan tak meriah macam kat tempat2 lain.

ntahlaaa.... nie pandangan aku dan wife aku laaa kann... masakan dia pun sikit kureng laa...

harga pun....mahal kot......tengok laa.. kalau aku ada mood lagi nak ke sana... aku ke sana lah lagi.... kalau tak.. maleh aahh.. jauh beb...

Tuesday, March 17, 2009

Team Building with TM KL

Insya Allah, this week aku dan rakan2 exec yg lain akan ke Lumut, Perak untuk join Team building yang diorganized by TM Kuala Lumpur...ada lebih kurang 120 orang dari KL yang akan ke sana dengan 4 buah bas chartered.

aku kalau ikutkan, malas nak pegi sebab aku nak balik kampung belah mertua aku di batu pahat sana...tapi.... tak boleh nak excuse lol... bengkek jerrrr.....

yang xbest nyer sebab jauh dengan wife aku... huhuuh....tapi.... nak wat camner...

harap2 aku enjoy kt sana.... huwaargghh....

pening....

hari nie aku pening sikit... agaknya banyak keje kot? ntah.... banyak kes customer yang heavy2 la lately nie...

walau apapun.... sabar jer laa.. dah keje aku dah macam nie.. nak buat macam mana kan....

layan jer laa....

Friday, March 13, 2009

Jalan2 Cari Makan di Pantai Jeram, Kuala Selangor

sempena sambutan hari lahir mak mertua aku pada 12 March 2009 lepas, semalam aku dengan shinnaz bawaklah satu family jalan2 cari makan kat Pantai Jeram, Kuala Selangor.

aku ingatkan jauh....rupanya tak jauh pun dari Meru... dekat jer.. kalau nak dicomparekan dengan Muara Port Klang, aku rasa lagi lah jauh muara tue...

so, far yang aku boleh cakap, seafood dia tak mahal...reasonable price..tempat dia bersih... servis pun boleh tahan laju dan customer pun ramai...termasuk jugak banyak kucing.. meowww.;)

Nie harga yang kami makan malam tadi:
1. Nasi untuk 6 orang makan = RM 6.00
2. Tomyam untuk 3 orang makan + RM 9.00
3. Kailan ikan masin untuk 2 orang makan = RM 6.00
4. Telur dadar untuk 2 orang makan = RM 2.00
5. Kerang bakar satu tray = RM 5.00
6. Ikan pari bakar = RM 10.45
7. 1 ekor siakap (besar) sweet and sour = RM 20.00
8. Ketam masak cili = RM 11.10
9. Sotong goreng tepung = RM 10.65
10. Udang (besar) goreng tepung = RM 24.85
11. Fresh oren 3 x = RM 4.50
12. Teh' o suam = RM 1.00
13. Nescafe tarik = RM 1.50
JUMLAH : RM 112.05

harga bagi aku...boleh laaa... ntah.. terpulang u all nak assume mahal or murah...bagi aku.. ok kot.. burrpppp..... kenyanggg... ('_^)>

tapi, kalau ada sesiapa yang nak pergi, nama restoran nie adalah:
Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram.
No Tel : 03-32646102
Bayaran : Tunai / Kad kredit (visa/master) / kad debit (maybank, cimb)

Thursday, March 12, 2009

SAVOC New Committee 2009 / 2010


Announcing New Committee Members for Savvy Owners Club (SAVOC) for year 2009/2010

President :Mohamad Omar Mokhrij B. Johari (wpk6519)

Vice President :Muhamad Nizam B. Eusope (kazaam)

Secretary :Mohd Akmal B. Osman (putrajaya6975)

Treasurer :Azizan B. Ma'ali (pendita77)

Asst. Secretary :Mohamad Siddiq B. Mohamed Amin (alang8648)

AJK 1 :Nor Afiza Bt. Abdul Aziz (red^butterfly)

AJK 2 :Mohd Noorsharihan B. Abd Jalil (darkillusionist)

AJK 3 :Mohamad Lokman B. Bujang (wafiyyatasnim)

Webmaster :Habib B. Talib (cyberx11)

Southern Chapter Representative 1 :Ahmad Nizam B. Abd Aziz (E_JUMPVG)

Southern Chapter Representative 2 : Zulfadzri B. Sulaiman (zul perlis)

I wish to all Newly Appointed Committee Members Congratulation and good luck and all the best in executing your responsibility and bring the name of SAVOC to next phase of success.

Official Website : http://www.savoc.com.my/

hujan....

hari nie hujan lebat giler dari putrajaya...sampai la ke office masih hujan.... bosan betul... dengan jem nyer...gila lah!

tapi nak buat macam mana.... ini lah hidupp......

Tuesday, March 10, 2009

The Unknown Fact???

Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.
************************************************************
Aku : mesti banyaklah nat kapal yang tertanggal masa langgar iceberg tue.. kuangkuang...

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih keranapada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana buihnya yang naik ke atas.
************************************************************
Aku : Teringat lak kat watak Fido Dido (maskot 7up) masa aku kecik2...

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban apabila kita flush.
************************************************************
Aku : Ok lah tue kalau dibandingkan gosok gigi yang dah masuk dalam jamban.. aiyakkk...

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.
***************************************************************************
Aku :Dalam Final Raja Lawak 3, hidung bengkok/panjang tak lama, kata Nabil pada Zizan...

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.
***********************************************************
Aku : Tapi minum diet coke tak boleh jadi minuman untuk diet pun!

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.
***********************************************************
Aku : Air masuk dalam kepala boleh menyebabkan hidung berdarah.. :P wakakaka...

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.
***********************************************************
Aku : Iklan sunquick tue tipu lah yer???? hurmm... (lebih vitamin C ???)

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti
***********************************************************
Aku : Orang yang berbadan bulat juga mungkin disebabkan graviti.. :P (graviti untuk makan)..

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.
***********************************************************
Aku : Suri rumah kena standby 1 botol kicap untuk cuci loyang....

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.
***********************************************************
Aku : Kalau 1 hari di bumi, berapa saat kat Planet pluto???

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667
***********************************************************
Aku : Ye ker?? bukan zaman Hang Tuah dulu2 pun dah ada polis ker???

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896.Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.
***********************************************************
Aku : Gile kejap!!! perang mulut laki bini kadang2 pun seminggu tak bersapa...

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.
***********************************************************
Aku : Kalau lah 1kg sampah boleh tukar dengan 3.5 pound.. kaya pengutip sampah beb!

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali. try ler memang dah terai memang tak boleh*
**********************************************************
Aku : Apa susah...buangkan jer...ada ker nak dilipat2kan kertas tuh... huhuuh..

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.
***********************************************************
Aku : Giler nak popular... aku masuk tv kejap pun riuh sekampung.. kuangkuang...

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edisonpada 1877 dan rakamannya ialah' Mary had a little lamb'
***********************************************************
Aku : Mary = lamb?

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.
***********************************************************
Aku : Hobi paling pelik adalah menanam duit... Ada ker?

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.
***********************************************************
Aku : kalau manusia nih.... habisler.... :P

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.
***********************************************************
Aku : ye ker?? takder tulis pun?? awat tak bagi tahu... !

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.
***********************************************************
Aku : pin tudung kat sebelah bowling, nak tegak pun tak boleh lol...

Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.
***********************************************************
Aku : produk yang takder bar kod adalah bar itu sendiri...

Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang tak ada misai.
***********************************************************
Aku : baru shave tue...

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.
***********************************************************
Aku : Pembunuh darr doktor gigi nih.. apa da...

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam
***********************************************************
Aku : kalau garam kat 1 bumi nie dimasukkan dalam laut, confirm tak cukup jugak kan?

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1
***********************************************************
Aku : alaa...Air Asia tak letak apa2 pun....

Kapalterbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.
***********************************************************
Aku : dah namanya Jumbo...mestilah gedabak...

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.
***********************************************************
Aku : kalau bumi nie salah berputar, kiamat lah alamatnya...

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen(Born in USA)***********************************************************
Aku : CD pertama yang aku beli adalah System of Down... dah hilang dah.. :(

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain
***********************************************************
Aku : Tapi, kanak2 juga perlu bimbingan dari orang dewasa..

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv,2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.
***********************************************************
Aku : 28 jam tue sehari ker?? errr..bukan 1 hari ada 24 jam jer ker?

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam,anda akhirnya akan pengsan.
***********************************************************
Aku : macam mana nak kunci???

Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesintaip.
***********************************************************
Aku : sory lah..aku bukan peminat novel..

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati
***********************************************************
Aku : kuih batang buruk muar yang banyak habuk tue??? arrghh... giler laah!!!

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.
***********************************************************
Aku : isap rokok marlboro sambil merempit juga boleh mendatangkan kematian...

Monday, March 9, 2009

Tag From Shinnaz (Wife)

16 things about me :-

1. Anak tunggal tapi ada 9 orang adik beradik tiri (macam mana tue?)
2. Suami kepada Shinnaz Ahmad Rasid yang cumelz.
3. Suka window shopping tapi tak suka sangat shopping... apa yang ada jer..
4. Romantik? ker? (ntahhh..)
5. Ensem ?? wife aku cakap laa... (aku pun pelik gak... ) ntahh...
6. Suka makan nasi goreng dan sambal (hari2 pun takper)...
7. Suka masak2....ngalahkan pompuan beb... (chef haizi-->> perasan dowhh..)
8. Suka silat melayu... warisan melayu! (dalam tari ada gerak, dalam gerak ada buah, dalam buah ada pemakan, dalam pemakan ada rasa, dalam rasa ada sakitnya)
9. Sekolah rendah kat melaka...sekolah menengah kat melaka...diploma kat melaka.. ijazah pun kat melaka...nasib baek keje kat kl..
10. Suka kereta...
11. Suka tengok wayang...
12. Suka nyanyi (walaupun suara tak sedap)... :p
13. Suka kucing gak!! rezeki jumpa isteri yang suka kucing gak!
14. Orang kata aku cool...ntah....wallahualam
15. Aku malas nak ambik pot orang2 yang suka tikam belakang...ngata belakang... tak luak pun.
16. Aku sayangkan isteri aku, keluarga aku, keluarga mertua aku, staf2 aku dan apa yang aku miliki sekarang nie..

Wednesday, March 4, 2009

AF Musim Ke 7 Dah Mula..

Akademi Fantasia....... hurmm.. aku kalau ikut2kan, sebenarnya kureng dengan AF nie.. aku cuma layan masa zaman Mawi jer dulu.. masa AF 3 dulu.. (minat Mawi tuh.. :p)

Lepas2 tue, dah kurang dah tengok.... ntah kenapa.... follow tue follow jugak laa..tapi bukan "kipas susah mati" la kan... huhuuhh...

Untuk AF musim ke 7 nie...masa aku surf budiey.com aku ternampak la sorang contestant nie.. rini.. dia nie junior aku masa kat UiTM Melaka dulu... rapat gak la dengan dia dan kawan2 dia... kalau borak, susah beb nak berenti.. kuikui...

Yang aku tau, dia memang suka nyanyi...dia nie ada kembar...rina namanya.. muka lebih kurang... aku ada nampak iklan AF kat Astro Ria dulu diorang 2 orang cakap apa ntah dalam iklan tue...

btw, masa kat UiTM Melaka dulu pun, pakkan ada pertandingan nyanyian jer, confirm dia masuk.. suara dia pun boleh tahan... aku tak boleh lupa lagu First Love (Utada Hikaru) yang si rini nie nyanyi masa kat pertandingan yg aku tak ingat pertandingan apa tue... aku pun tak faham lirik bahasa jepun tue.. hahaha..

All da best la untuk dia laa....jangan terkeluar round 1 sudah... huhuuh...

Monday, March 2, 2009

wife xsihat...

kesian aku tengok wife aku muntah2 + loya2 dari semalam... tak tahu naper.... dah bawak jumpa doc... lepas jumpa doc, terus muntah teruk..

aku cuma harap dia akan ok semula...

sayang kat dier!