Friday, March 13, 2009

Jalan2 Cari Makan di Pantai Jeram, Kuala Selangor

sempena sambutan hari lahir mak mertua aku pada 12 March 2009 lepas, semalam aku dengan shinnaz bawaklah satu family jalan2 cari makan kat Pantai Jeram, Kuala Selangor.

aku ingatkan jauh....rupanya tak jauh pun dari Meru... dekat jer.. kalau nak dicomparekan dengan Muara Port Klang, aku rasa lagi lah jauh muara tue...

so, far yang aku boleh cakap, seafood dia tak mahal...reasonable price..tempat dia bersih... servis pun boleh tahan laju dan customer pun ramai...termasuk jugak banyak kucing.. meowww.;)

Nie harga yang kami makan malam tadi:
1. Nasi untuk 6 orang makan = RM 6.00
2. Tomyam untuk 3 orang makan + RM 9.00
3. Kailan ikan masin untuk 2 orang makan = RM 6.00
4. Telur dadar untuk 2 orang makan = RM 2.00
5. Kerang bakar satu tray = RM 5.00
6. Ikan pari bakar = RM 10.45
7. 1 ekor siakap (besar) sweet and sour = RM 20.00
8. Ketam masak cili = RM 11.10
9. Sotong goreng tepung = RM 10.65
10. Udang (besar) goreng tepung = RM 24.85
11. Fresh oren 3 x = RM 4.50
12. Teh' o suam = RM 1.00
13. Nescafe tarik = RM 1.50
JUMLAH : RM 112.05

harga bagi aku...boleh laaa... ntah.. terpulang u all nak assume mahal or murah...bagi aku.. ok kot.. burrpppp..... kenyanggg... ('_^)>

tapi, kalau ada sesiapa yang nak pergi, nama restoran nie adalah:
Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram.
No Tel : 03-32646102
Bayaran : Tunai / Kad kredit (visa/master) / kad debit (maybank, cimb)

3 comments:

wan muliani said...

wah sgt murah nk compare ngan seafood klang tu..da y penting shedap!hehehe

Rineldi @ Ineld said...

salam,

nak minta tolong,,saya teringin nk g restoran nie yg kat jeram,,bole beri detail direction nk g sana x pun gps coordinate..

Rineldi @ Ineld said...

lupe nk wish... tq :-)