Thursday, October 30, 2008

Transformers Attack 2008


Transformers Attack @ TMpoint Menara TM 29-31 October 2008
For those who don't know what is Transformers of Save Program all about, this program is actually a program to pacify customer from churning/terminate the streamyx service at any TMpoint.
Transformers (not optimus prime or megatron) is a person who appointed and responsible to persuade / convince and educate customer on the
benefits of streamyx usage and the offerings under the Streamyx Save Program.

The target is at least 30% of monthly total walk in customer to terminate in TMpoint.
So, for Transformers Attack 2008 in TMpoint Menara TM held on 29-31 October in order to win the customer to keep remain their streamyx service.
All da best to Is, Bad and Tan....
cherriiooo..


Rumours?

halloo... waachhhaaa!!! :P
.....hurm... actually, aku masih terpinga2 and blur2 dengan satu benda.. aku ada terdengar yang aku mungkin kena transfer....ye ker? Wallahualam... aku pun tak berani nak complaint lebey2...

apa yang pasti, apa jua keputusan aku akan terima.... nak kata terima tak... nak kata tak terima pun tak...

cheriiooo.....

Friday, October 24, 2008

Sekitar Majlis Rumah Terbuka 24 Okt 2008

Alhamdulillah, semalam jamuan rumah terbuka di kediaman kami telah berlangsung dengan jayanya... Terima kasih kepada rakan2 aku dan isteri serta jiran tetanga dari tingkat 6 ini yang sudi datang dang bersama2 menjamu juadah yang tidak seberapa ini dari jam 5.30pm sehingga lah 11.45pm tadi... nak tahu kitorang masak apa?

1. Nasi Lemak
2. Sambal telur burung puyuh (laku sampai habis cepat :P )
3. Sambal ikan bilis + petai
4. Bihun Sup + bahan2 nyer.. (ayam carik,daun bawang,limau, sambal kicap)
5. Air Oren
6. Buah papaya (bukan yang macam citer papaya kat TV3 tue)
7. Kek Pisang + kuih raya.


fuhhh... giler laah... crowd tak berhenti lol.. sampai kitorang terpaksa masak nasi lemak sehingga 3 rice cooker, sambal 3 kali dan bee hoon sampai pergi ke kedai kat P9 jam 8pm sebab makanan tak cukup. huhuhuu..

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 sekerja shinnaz di Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pengangkutan Malaysia yang datang menyerbu rumah kami pada jam 5.30pm.. fuhh... terkial2 aku,umi and shinnaz nak siapkan semuanya.. nasib baik 90% dah siap dah... dan aku juga terharu kedatangan officer shinnaz Zaki, Azril dan lagi 2 orang officer perempuan yang turut memeriahkan jamuan ini.

Trip kedua yang datang adalah ain&piee (SAVOC) yang datang serentak dengan jiran sebelah rumah aku, azmi(KDN) dan fizah(KSM)..lepas tue, ayah mertua aku dan kakngah pun sampai setelah melalui kesesakan teruk di LDP malam tadi.. then lily and family pun sampai... lagi laa meriahhh.... :)


kemudian wan(JPM) dan dayah(Kem.Pelancongan) pulak yang datang....seronok bila tengok diorang ramai2 makan dan borak2...giler happening... trip seterusnya staf2 aku dari TMpoint Menara TM, combie, ina,mek as&najib, intan,fairos,abu&wani dan seterusnya rakan2 SAVOC, edd&emy,building, akmal&wife dan sharul serta kunjungan jiranku lagi satu azmi dan ifah and their baby boy.

last trip yang datang adalah vogue girl(shinnaz's friend) dan budak2 rumah lamaku masa zaman bujang2 dulu...diorang pun dah tak bujang lagi dah sebab dah kawen.. huhuhu :P thanx to hairi, nik&syidah dan fitri&tikah....sampai gak korang kat umah aku.

Apapun, memang best...memang happening... thanx all!!! really appreciate it... Insya Allah, kalau ada rezeki lagi tahun depan, kami akan buat lagi..maybe lebih baik dari yang ini..
Nie foto kenangan pada malam semalam.... :)



Set Up Makan

Umi Melayan Kawan2 Shinnaz dari MOT
MOT Staff
Shinnaz With MOT Staff
Peace (kakngah,adah and syafiqa)

Lily + shinnaz

Wan+dayah lak yang menyambut abu+wani



Happening...

with my staf & ex-staff from TMpoint Menara TM

Ina, my staf from TMpoint Menara TM


Happening....

Invitee from MOT


SAVOC (from left: edd,syarul,building,akmal and me)

Wan MOT and his frenz
Nik+wife and fitri with tikah

moon + oya hutt + cinta


kawan2 lama masa stay kat bangsar dulu,

(from left: syidah,nik,aku,hairi,fitri,tikah)

Wednesday, October 22, 2008

First Class Broadband Initiative (FBI)

First Class Broadband Initiative (FBI) Course.

Hari nie seluruh CSM/CSE/CSO dan product champion TMpoint Klang Valley berkumpul di 15th Floor Menara PKNS, PJ untuk taklimat Broadband Savvy

Majlis ini disempurnakan oleh En.Ahmad Ismail VP CSM TM dan ada 3 slot briefing oleh pegawai-pegawai beliau.

So far apa yang aku dapat simpulkan adalah kursus ini sangatlah bagus untuk semua staf dan menjayakan misi dan visi syarikat dalam mengharungi era reformasi permodenan terutamanya setelah mendapat peluang untuk menerajui HSBB (High Speed Broadband).

Semoga kursus seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.





Monday, October 20, 2008

Monitor???

baru selesai discussion dengan one of my staff.. membincangkan sedikit sebanyak masalah yang berlegar dalam office aku nie.. macam2 laaa... aku pun naik pening and blur.. aku actually demotivated sikit dengan kerja aku sekarang nie.. tapi, nak buat macam mana kan... layanzz jer...

aku ada dengar2 orang HQ akan keep monitor aku....perrghh.. hebat sungguh keadaan sekarang.. sampai macam cerita la aku dengar.. best betul.. huhuuh... nak buat macam mana.. aku kenalah bersabar menangkis dakyah2 yang ada... aku akui lately, concentration of work ada sedikit terganggu.. mana yang faham tue faham laa.. mana yang tak tue.. lantak pi laahh..

tapi, bagus juga kalau diorang nak monitor aku.. at least, aku leh reperform macam dulu2.. ada orang comment keje kiter.. dan ada orang yang akan guide kita... itulah yang aku sangat harap2kan.. dari satu sudut, aku labelkannya sebagai positive changes... orang lain tak tahu...

i will take this challenge... and really hope all of my staff will understand it and keep support each other to doing well.. Insya Allah... buat apa nak takut!!! depa bukan nak makan orang pun... diorang cuma nak kita going to be EXCELLENCE....

cheriiooo.....

Sunday, October 19, 2008

Lab Report form Pantai Premier Pathology

Last week, i've made appointment with Dr Nor in Klinik Zarif, Menara TM.. just a simple checking and treatment..

Wanted to know my body's condition at least we know the capability and limitation...how to control my diet.

The report found that, my cholesterol is a bit high and need to be controlled..even the good cholesterol (HDL)in my body is good, but it's not balance..

aarghhh... have to control it.. how aar? it's raya season.. more food, more open house.. xper2.. will control it after this raya... :)

cheriiooo......waacchhaaa!!!

Majlis Marhaban dan Cukur Jambul Wafa Nafisha


soo....tamatlah sudah Majlis Marhaban dan cukur jambul anak buah kami yang comey tomey nih... wafa nafisha binti hamidon kat meru tadi..

ramai orang yang datang... abg midon kata, nie consider rumah terbuka raya juga.. heheheh..

kat bawah antara pic yg sempat diambil..

cuweet muweet.... -from uncle haizi-





Sekitar Jamuan Rumah Terbuka TMpoint Menara TM 1429H

Alhamdulillah....sambutan rumah terbuka TMpoint Menara TM yang dijalankan pada 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429H lepas telah berjalan dengan lancar walaupun secara sederhana..
Terima kasih kepada semua staf aku yang bertungkus lumus membantu menjayakannya dan terima kasih juga kepada tetamu yang sudi menghadirkan diri pada masa tue..
Pertama kali jamuan ini dibuat semasa operasi TMpoint Menara TM masih berjalan dan mana2 pelanggan yang masih berurusan dengan TMpoint Menara TM dari jam 4.15pm akan dijamu sehingga TMpoint ditutup.
So, faham2 laa... ramai juga yang datang menjamu selera... juadah yang kami sediakan kepada tetamu pada jamuan tersebut adalah ketupat,lemang,rendang daging dan ayam, mee goreng mamak dan air oren.
Ini sedikit sebanyak gambar yang aku sempat ambil..selebihnya ada dalam kamera azfa dan marlina..(sorry lah kualiti gambar kurang memuaskan)...




Monday, October 13, 2008

Notis Surat Tunjuk Sebab

aku baru menerima surat tunjuk sebab daripada pihak TSSSB HQ mengenai isu program CPEO sepertimana yang aku pernah post dalam blog nie..

Surat bertarikh 13 Oktober 2008 dihantar secara byhand oleh staf IR (En.Fadzlee & En.Azlan) masa aku meeting bersama GM OSS dan SBM KL pagi nie... aduhhh..... :( gawat dowhh..

Kalau berdasarkan Fasal 7- Tatatertib, Terma dan Syarat Perkhidmatan Pegawai Eksekutif Telekom Sales & Services Sdn Bhd, tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap aku dan 5 orang staf aku yang lain... kesian giler kat diorang... Ya Allah.. apa yang aku dah buat nih.. fenin2..

Surat tunjuk sebab tersebut juga diterima oleh SBM KL aku, rakan eksekutif aku, En.Ibrahim (CSE TMpoint Muzium) dan beberapa staf TMpoint Muzium. So, kenalah kami berbincang bagi menjawab segala persoalan yang telah dikemukakan. walhal program nie telah ditawarkan kepada pelanggan semenjak tahun 2005 lagi. Namun, oleh sebab peningkatan mendadak terhadap jualan CPEO sebanyak lebih kurang RM 700 K, isu ini dibangkitkan... wallahualam.

This is really bad day for me and my team today.... Hope everything will be settled immediately.

- confius,shocked,faith-

Ya Allah, bantulah kami....

Thursday, October 9, 2008

Sambutan Rumah Terbuka Pas dan PR

MAJLIS HARI TERBUKA PAS 2008

Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dan Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri & Wilayah Persekutuan dengan segala hormatnya mempersilakan :
Ahli-ahli & Penyokong PAS & Pakatan Rakyat serta orang ramai
Ke Majlis Hari Terbuka PAS Sempena Eidulfitri 1429H Pada:

12 Oktober 2008 / 12 Syawal 1429H (Ahad
2.00 ptg - 6.00ptg
Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
.

Untuk Pertanyaan, Sila Hubungi :
03-26925000, 03-26927400 Faks : 03-26938399

Home Theater System






hurmm.... semalam ada la survey home theater.. fuhhhh... mahal gokk... ingatkan murah jer.. hehehe... berderau darah... tapi, ada juga home theater system yang tak berapa mahal sangat... Antara jenama yang menjadi pilihan aku sekarang sama ada LG,Panasonic,Philips dan GC...
Sooo...kenalah simpan sikit2 lol.... Insya Allah....kalau tuhan bagi rezeki, adalah tue nanti...
cherriiooo..

Wednesday, October 8, 2008

Tuesday, October 7, 2008

tiTin & MiMin...

Titin and Mimin...(Our Hamster)

Here it is... titin dan mimin... nama hamster kami. hahaha..:) mandai2 jerk wife aku letak nama diorang.... tapi..ok gak la kan?:) daripada letak nama soleha ker,rendra ker,adel ker,indira ker....titin dan mimin yang menjadi pilihan...

tapii....kitorang lum dapat identify lagi mana satu titin dan mana satu mimin... sama jerk.. :P

xper2... sekarang nie, suka jer tengok keletah diorang nie..cuweett....

anyway, welcome to our family...

Monday, October 6, 2008

Home My Sweet Home


Rumahku Syurgaku....

Alhamdulillah, sekarang nie, ada tempat berteduh.. :) aku suka dengan environment kat sini... nyaman...aman... tenteram... design dalam rumah nie pun aku suka.... nie gambar rumah kitorang dari luar....


seriously, teringin nak ada home theater set kat living room... itu jer keiginan buat masa nie... so far, alhamdulillah, semua barang dah ada....syukur kepada Allah SWT kerana memberikan rezeki kepada kami berdua bagi membeli barang2 keperluan ini.

Aku ada target untuk set home theater Panasonic with HDMI.... boleh dapat dalam RM900 ++... tapi bukanlah nak beli sekarang... kenalah bersabar... :)

Bila dah ada ruang tamu yang selesa, bolehlah aku menghabiskan masa aku dengan isteri aku dengan selesa di sana...
Ruang Tamu
Gambar nie pula gambar kat master bedroom.... katil bertiang.. huhuh... actually nie katil masa kawin kami dulu..once decided, aku bawaklah seti katil nie naik lori ayah mertua aku..... beshhh.. :)

Bilik Tidur Utama


Pintu Masuk...


Yang gambar bawah nie pula....cage untuk our hamsters.. ada 2 org....hehehe... nama diorang adalah titin and mimin... hahahaha.... amek dari watak dalam citer Solehah... cute sehh... xper.nanti aku upload kan gambar diorang yek... tengah tido tuee... :)

Actually, wife aku yang beria2 nak hamster nie tadi.... terus beli kat carrefour alamanda... harga??? rahsier.. hehehe... :)



Hamster's Cage



..............soooo, ini je kot coretan aku malam nie.... sambil2 taip nie, aku tengah tengok wife aku tengah masak sambal sotong dengan buncis goreng kat dapur.. :) tima kaceh syg... lapa lak... okaylah.. nak dinner lol :)


wacchaaa.......cherioo..

Sunday, October 5, 2008

Sambutan Raya 2008

Assalamualaikum wbt...

kembali menulis setelah lebih kurang seminggu beraya di Meru dan Masjid Tanah, Melaka.. Alhamdulillah, family aku selamat sampai di Malaysia selepas menunaikan fardhu umrah di Mekah... diorang sampai di sini pada malam sebelum raya.

1st raya, buat pertama kali dalam hidup aku, aku beraya di rumah keluarga lain.. i mean keluarga isteri aku dan ini juga kali pertama bagi isteri aku dan family nya beraya di Meru. besh beraya di sana... shinnaz dan umi masak nasi impit, sambal udang, rendang, ayam kicap.... perghhh... pagi raya tue, aku dan ayah mertua aku sembahyang raya di Masjid As-Sharif, Meru dan khutbah raya disampaikan oleh YB Dr Hj Rani (Adun PAS Meru)... ramai orang termasuk warga asing yang bekerja di meru.

lepas sembahyang raya, aku bawak isteri aku, kakngah dan adah beraya di padang jawa, shah alam.. beraya di kampung arwah ayah isteri aku dan alhamdulillah sempat menziarahi pusara arwah ayah dan atuknya di sana.... ramai la berkumpul di padang jawa..meriah beb...

then, lepas beraya, aku sempat lenjan bawak diorang pergi jumpa ayah n mak aku beraya di bangi (rumah abg radhu).... tapi, yang tak best nya, ada lak drama Samarinda untuk raya tahun nie... bosan lol!!! asik2 gaduh pasal harta dan duit... tiap2 tahun ada drama... huh!!! apa laaa... kesian kat ayah tiri aku....asik nak layan karenah anak2 diorang jer...

sooo...this week dah start keje... maleh nyer... huhuu.. naseb baek aku cuti smpai hari rabu.... hehehe.. so, syawal sebulan... lepas nie banyak tempat aku nak pegi dengan isteri aku beraya... harap2, sempat ler...

sooo...Insya Allah, kalau ada rezeki nanti, kami nak buat rumah terbuka syawal di rumah kami.. Insya Allah.... modah2an jadi.... oklah...here i am... got to go... waacchaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!