Saturday, September 20, 2008

Pemergian Mak dan Ayah ke Mekah

Assalamualaikum wbt..

kejap lagi jam 1650, family aku dan abg radhu dan farah akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah di sana.

Insya Allah, mereka akan pulang balik ke Malaysia pada hari raya ke 5 iaitu pada 05 Oktober 2008 pada jam 1450... Semoga pemergian mereka ke sana akan sentiasa dirahmati dan sentiasa dilindungiNya.. Insya Allah..

Apapun, aku doakan kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang mereka berada di sana... dan Selamat Hari Raya Aidiilfitri in advance :)

Wassalam...

Thursday, September 18, 2008

Cuti Hari Raya Aidilfitri

hari nie aku bengang gila!!!! nak marah.... nak berembat dengan orang pun ada!!! walaupun aku tahu aku sedang berpuasa namun, aku rasa takleh nak control hati dan diri aku dari nak menyumpah seranah...

apapun, aku minta maaf kepada isteriku tersayang sebab terpaksa mendengar kemarahan aku... aku pun tak tahu kenapa...tapi aku rasa, semuanya ini adalah gara2 cuti isteri aku yang tidak diluluskan oleh unit kat dalam division dia

pelik la aku.... wife aku dah minta cuti nie lama dah...sama dengan aku.... so, aku pun dah arrange baik dengan staf aku kat TMpoint....siapa yang cuti awal akan kerja lepasa raya.. sapa yang keje sebelum raya akan cuti lepas tue.. fair and square... so, alhamdulillah, staf aku faham dan berikan komitmen penuh..no personal conflict....dan semuanya dah diarrange awal bulan hari tue.

nie tak... tempat wife aku (kat govt) nie lagi seminggu nak raya, barulah terhegeh nak uruskan cuti kakitangan... tak effisyen langsung... padahal semuanya mendabik dada bagus!!! macam haram perangai... oleh sebab wife aku considered sebagai staf baru, permohonan cuti dia ditolak dan kena bekerja pada hari jumaat (hari raya ketiga) tue... mana tak bengang!!! kitorang punya dah planning dari sebelum puasa lagi dah...last2 jadi macam nie...

Alasan?? sebab katanya cuti wife aku tinggal 2 hari so tak leh nak amek cuti...hallloowww.. undang2 mana depa pakai nie.... cuti yang tinggal 2hari tue(wife aku banyak cuti masa nak wedding hari tue sebab govt takder cuti ehsan macam TMpoint) kena bawak tahun depan.. gile!!! cuti yang applicable tahun nie gunalah tahun nie... cuti tahun depan spend utk tahun depan.. nie tidak!!! cuti yang ada tak boleh guna sebab nak kena bawak tahun depan (mana2 officer govt yang baca blog aku), sila semak semula peraturan nie sama ada ianya terkandung dalam peraturan kerajaan ataupun ikut tradisi sukahati mak bapak diorang kat unit diorang tue..

yang staf lagi sorang (kawan wife aku pun kena keje), tapi dia ok...memanglah dia ok jer.. sebab dia bujang lagi.... huh!!!

lag satu, wife aku kena cover kaunter pertanyaan kat bawah kementerian dia.. hallow.. dalam JTOR (Job Term of Reference) wife dia, takder dinyatakan dia kena buat keje tue... jawatan pun lain kay!!! lagipun ada 2 staf kat bawah tue.. so, secara prinsipnya, sorang kena cuti sbelum dan sorang cuti selepas... nie tidak!!!! 2-2 pulun nak cuti lama!!! pala hotak diorang!!! tak pasal2 staf unit lain kena ganti tempat korang!! tak tahu MALU ker!!!! lain kali plan dari awal....cakap gembar gembur!!!! tapi macam %^!$@*!!! alasan kena ikut arahan dari masa ke semasa tue adalah alasan semata-mata!! abis tue, kalau disuruh makan tahi, korang nak makan? kenalah kan sebab kena mengikut perintah..!!! &^&#@!!!

ntahlaaa... tak pasal2 aku bertekak dengan wife aku pasal benda nie :( kesian dia tension.. cuti tak approved,,maaf lah sayang... b bengang giler.... sory sayang... takperlah...dah takder rezeki kita bercuti lama..nak buat macam mana....:( bukan pasal sayang tapi dengan tindakan diorang yang mengamalkan seniority and juniority nie!!! sepatutnya dalam government dah takder dah budaya2 macam nie... bukaklah mata korang tue pegawai2... jangan bias....

nak mewujudkan budaya persekitaran kerja yang baik harus datang dari akarnya... korang pegawai2 fikir2lah sendiri..

bak kata nabil..lu pikirlah sendirik!!! assalamualaikum..

Wednesday, September 3, 2008

Stuck in Traffic Jam and....

halloww.. haizi di sini... hurmm.. 1st of all, selamat berpuasa kepada semua... btw, sepanjang ramadhan nie, aku pelik satu benda... jalan jem...driver tak gheti nak saba2... nak dijadikan cerita... pagi tadi, aku pun terlibat sama... lepas aku hantar isteri aku kat MOT, aku terus pecut ke KL thru MEX dan masuk NPE... nahhh!!! sampai je tol NPE, terus stuck... adeehh.... bengang jer... rasa mcam nak bukak posa jer dalam keta tadi.. hhehehhe :P

aku pun, drive la slow... masa drive lak tadi, nampak keta BJG71 (En.Mulod) sebelah kiri, aku pun call hp dia dan cakap kat dia, "boss, saya bagi jalan nie..masuk depan saya".. beresss.... nak jadikan cerita, sampai je kat depan Balai Polis Pantai Bharu (belakang Menara TM), aku tengok water temp keta aku naik sampai almost full bar.. peergghh.. mahu nye tak cuak.. aku pun terus la masuk dalam kawasan balai dan bukak bonet.. pehhh... asap seehhh... cuak aku.. aku tengok coolant siap menggelegak... polis kat pos pengawal dengan lagi sorang anggota pun tolong tengok sama... so, diorang suggestkan aku letak keta aku kat dalam balai dulu.. (terima kasih en.polis)..

so, aku pun parking la kat dalam balai... then jalan kaki gi ofis semula... aku call boss cakap yang keta aku breakdown... dan2 jer boss cakap keta dia pun stuck and breakdown dan dia ada kat depan bengkel kat sri gombak.. hahahha..

soo, dalam kul 11am, aku pun minta keluar awal dari boss sebab nak hantar keta aku kat RS Service Center kat Bandar Puteri Puchong.. nasib baik jumpa RS nie dengan bantuan edd... tq edd...

so, aku suruh Mr Hoe check body throttle dan tdc sensor sekali.... mr hoe nie pun check la water temp, water pump..... aku pun tak faham sebenarnya...hehhehhe..

oklah... jumpa lagi nanti... waacchaaa!!!

Wednesday, August 27, 2008

Tanggungjawab?

semalam 27 Ogos 2008 adalah detik sukar yang pertama kali aku tempoh selama aku sudah bekeluarga selama lebih kurang 2 bulan lebih ini.

Tanggungjawab kepada isteri dan tanggungjawab kepada staf?

aku pun tahu nak start dari mana... semalam staf aku zaidah (meeter greeter) telah jatuh pengsan di backrow dalam pukul 6pm (masa hujan lebat melanda kl sampaikan jalan keluar dari Menara TM banjir kilat). Combie call PM Care utk dapatkan no tel klinik menara tm namun klinik dahpun ditutup. semua staff yang ada pada masa tue dah naik risau sebab dia tak respon masa pengsan walaupun dikejut.

aku mintak roshaidah belikan air milo dan roti bun kat kiosk LG 1 untuk diberi makan kpd si zaidah ni dan alhamdulillah lepas makan dan lepas disapukan minyak angin (abu beli dari pontianak, indonesia), zaidah nie tersedar semula. Ingatkan dah ok namun, zaidah nie pengsan balik. Masa tue jam dah masuk kul 7pm.. last2 kitorang decide bawak dia ke klinik medivron di pantai hillpark sebab jalan nak ke bangsar banjir dan tak boleh lalu.

so, aku amek kereta aku kat level 2 dan bawak zaidah yang pengsan nie sambil ditemani oleh nora dan zareena dan drive dalam hujan lebat dan jem ke klinik. Smpai klinik, assistant kat kaunter tue kata doktor rehat dan suruh datang balik dan sory cakap, aku naik angin sebab si zaidah nie kena dicheck dengan segera dan selepas perbincangan, barulah doktor panggil dia.

doc check blood pressure dan sugar level ok dan normal dan menyarankan kitorang merujuk ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dengan segera. Jam pada masa tue dah menunjukkan jam 8 lebih dan aku pun bawaklah diorang semula ke PPUM (aku dah mula risau sebab isteri aku tak boleh tinggal sorang2 pada waktu malam sebab dia takut sikit :P).

Dengan jem giler dan hujan lebat, aku drive sampai PPUM smpai pukul 8.40pm dan terus register kat unit trauma dan kecemasan dengen menyerahkan surat daripada doc dr klinik medivron tadi.

nora amek wheel chair dan bawak dia ke dewan konsultasi untuk dicheck dan disahkan dia pengsan disebabkan gastrik.. masa tue dah pukul 9.15pm.. afterwards, aku pun drive balik zaidah ke vista krinchi dan hantar nora dan zareena kat depan Menara TM.

then, aku terus balik rumah and singgah drive thru Mc'D kat Sungai Besi beli double cheesburger untuk wife aku. sampai rumah dalam jam 10.15 sebab hujan lebat sangat dan jalan licin.

tapiii..... aku tak sangka ada sedikit perselisihan faham dengan isteri aku... pasal benda nie lol... dia mempertikaikan perbuatan aku buat semua nie kat staf aku.. aku dah explain semua.. ntahlaahh... aku tak nak citer apa yang berlaku...cukuplah ada sikit perselisihan faham yang terpaksa aku hadapi malam tadi... aku cuma mampu berdoa kepada Allah SWT agar isteri aku faham dengan apa yang perlu aku buat.. apa yang semua staf aku akan cakap kalau aku lepas tangan tinggal dia pengsan macam tue.. walaupun ada staf lain, tapi tanggungjawab aku sebagai boss kepada 14 orang staf aku perlu dibuat juga.. aku cuma minta dia faham tugas dan tanggungjawab aku pada masa tue dan kenapa aku balik lambat mcam tue.... tapi aku tahu...dia marah aku balik lambat sebab dia risaukan keselamatan aku...:) apapun, aku harus bersabar sebab benda kecik nie.. ..nie semua dugaan Allah pada aku... yang pasti, aku akan control diri aku dan sentiasa berdoa agar semuanya kembali tenang.... harap dia memahami..yang pasti, walau dia marahkan aku macam mana sekalipun, aku akan tidak menyalahkan dia dan aku akan terus menyayangi dan menyintainya sepenuh hati aku.... Insya Allah...

Saturday, August 16, 2008

Isu Kuota Yang Dicadangkan MB Selangor. Salahkah?

Assalamualaikum wbt..... haizi di sini kembali.... sudah pasti seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai cadangan MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10% kuota pelajar UiTM dibuka kepada non-bumiputera. Adakah ianya salah?

Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja.. Tidak berpihak dan berlandaskan kepada fahaman parti yang cuba menangguk air yang keruh mengenai isu ini. Untuk makluman saya merupakan bekas pelajar UiTM Melaka mengambil Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dari Jun 1999 sehingga April 2002 dan kemudiannya menyambung ke peringkat Ijazah juga di UiTM Melaka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (BCA Hons) dari Oktober 2002 sehingga November 2004.

Bagi pandangan peribadi saya yang sayangkan UiTM, adalah tidak salah cadangan MB Selangor mengenai cadangan agar pihak UiTM membuka 10% kuota pelajar bagi membolehkan pelajar melayu di dalam UiTM dapat bersaing dengan warga asing dan membuktikan pelajar Melayu juga mampu bersaing di dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.

Masih ingatkan pengunjung mengenai cadangan 10% kuota non-bumiputera dibuka untuk pelar bukan melayu memasuki MRSM. Kenapa pada masa tersebut isu ini tidak dilentingkan? Saya tidak nampak 10% ini mengugat hak keistimewaan orang melayu di tanah air yang tercinta ini. Bahkan, apa yang saya pasti, seandainya ada 10% bukan melayu belajar di dalam UiTM ini dan menunjukkan keputusan cemerlang di dalam bidang akademik, pelajar2 melayu UiTM akan rasa tercabar dan cuba menyayingi prestasi pelajar2 bukan melayu ini.

Suasana ini akan menjadikan pelajar UiTM dan lebih ramai profesional Melayu lebih terbuka dan berani untuk bersaing dengan pelajar asing dan berkualiti tinggi. Apa yang saya nampak sekarang ini, isu ini telah dipolitikkan oleh parti politik yang mana saya melihat laungan pelajar2 ini di dalam demontrasi mereka dan kain rentang yang dipamerkan lebih menjurus kepada politik perkauman dan ianya tidak bagus dan tidak sihat.

Saya tidak rasa MB Selangor akan memohon maaf dan saya secara beranggapan beliau mengambil tindakan yang wajar dan betul di dalam isu ini. Pelajar UiTM perlu lebih terbuka untuk bersaing di peringkat global dari bersaing di dalam kelompok sendiri.

Inilah pandangan peribadi haizi di sini. Maaf andai tersinggung... cherioo.....

Muktamar PAS Ke 54

Assalamualaikum wbt...wacchaaa...haizi di sini.....


well... baru sampai dari Perak untuk menghadiri dan mengikuti Muktamar PAS kali yang ke 54 bertempat di Stadium Indera Mulia, Perak Darul Redzuan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar bermula dari perjalanan pergi dan balik dari sana.


Seramai 1000 perwakilan dari setiap pelusuk tanah air berhimpun di Perak yang mana ianya julung-julung kali diadakan di sana berikutan kemenangan Pakatan Rakyat dan pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar.
Aku menginap di Hotel Fair Park di Taman Fair Park yang terletak tidak jauh dari stadium tempat berlangsungnya Muktamar kali ini. Well, apa yang best kali ini, aku drive Mercedes C200K..smooth giler dari kl ke perak... series aku lenjan lane kanan 140-150 km/h.. hehehhe... tak penat langsung....

So far apa yang aku nampak, segala persiapan telah dijalankan dengan baik oleh pihak penganjur.. keluar jer dari Tol Ipoh (S), signboard ke Muktamar dah nampak dah..confirm xsesat kali ni..hahahah...

Itu sahaja kot coretan aku pada malam nie... bosan lak sebab tv aku tetiba jer rosak...tension2... xper2... ada rezeki this week beli baru terus.. hahahah :) aku pun tengah survey2 lcd 32'' tadi kat carrefour... tengoklah nanti..

sampai berjumpa lagi... waacchaaaa!!!! cherioo....




Sunday, August 10, 2008

Kursus Kecemerlangan Motivasi TMpoint State Kuala Lumpur











Kursus Kecemerlangan Motivasi TMpoint State Kuala Lumpur baru-baru ini telah dijalankan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 09-10 Ogos 2008.

Seramai lebih kurang 80 peserta dari TMpoint Muzium, Menara TM,Pandan Indah, Bangsar dan Jalan TAR dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran GM OSS TSSSB, En.Shaharis Saad dan SBM KL, En.Rozani Redzuan yang turut sama menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Di dalam kursus ini, peserta telah dipecahkan kepada 5 kumpulan iaitu Halia, Serai, Wangi, Kunyit dan Bawang bagi menjalani aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak Dusun Eco Resort yang diketuai oleh Pak Tam dan Ayahanda serta dibantu oleh stafIsmail, stafAd, stafHafizul dan stafChin.

Di antara aktiviti yang telah disertai oleh kesemua peserta Flying Fox, Obstacle Course, Jungle Tracking, Senamrobik, Poco-Poco Dance, Solat Berjemaah dan games seperti Sleeping Mafia, "Pang-Ping-Pong", Sifir 3-Hutan dan macam-macam lagi.

Aktiviti selama 2hari 1 malam ini telah berjalan dengan jayanya dan semoga input yang didapati di dalam kursus ini dapat dihayati dengan baik oleh semua staf TMpoint State Kuala Lumpur.