Sunday, August 10, 2008

Kursus Kecemerlangan Motivasi TMpoint State Kuala Lumpur











Kursus Kecemerlangan Motivasi TMpoint State Kuala Lumpur baru-baru ini telah dijalankan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 09-10 Ogos 2008.

Seramai lebih kurang 80 peserta dari TMpoint Muzium, Menara TM,Pandan Indah, Bangsar dan Jalan TAR dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran GM OSS TSSSB, En.Shaharis Saad dan SBM KL, En.Rozani Redzuan yang turut sama menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Di dalam kursus ini, peserta telah dipecahkan kepada 5 kumpulan iaitu Halia, Serai, Wangi, Kunyit dan Bawang bagi menjalani aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak Dusun Eco Resort yang diketuai oleh Pak Tam dan Ayahanda serta dibantu oleh stafIsmail, stafAd, stafHafizul dan stafChin.

Di antara aktiviti yang telah disertai oleh kesemua peserta Flying Fox, Obstacle Course, Jungle Tracking, Senamrobik, Poco-Poco Dance, Solat Berjemaah dan games seperti Sleeping Mafia, "Pang-Ping-Pong", Sifir 3-Hutan dan macam-macam lagi.

Aktiviti selama 2hari 1 malam ini telah berjalan dengan jayanya dan semoga input yang didapati di dalam kursus ini dapat dihayati dengan baik oleh semua staf TMpoint State Kuala Lumpur.

No comments: