Wednesday, August 27, 2008

Tanggungjawab?

semalam 27 Ogos 2008 adalah detik sukar yang pertama kali aku tempoh selama aku sudah bekeluarga selama lebih kurang 2 bulan lebih ini.

Tanggungjawab kepada isteri dan tanggungjawab kepada staf?

aku pun tahu nak start dari mana... semalam staf aku zaidah (meeter greeter) telah jatuh pengsan di backrow dalam pukul 6pm (masa hujan lebat melanda kl sampaikan jalan keluar dari Menara TM banjir kilat). Combie call PM Care utk dapatkan no tel klinik menara tm namun klinik dahpun ditutup. semua staff yang ada pada masa tue dah naik risau sebab dia tak respon masa pengsan walaupun dikejut.

aku mintak roshaidah belikan air milo dan roti bun kat kiosk LG 1 untuk diberi makan kpd si zaidah ni dan alhamdulillah lepas makan dan lepas disapukan minyak angin (abu beli dari pontianak, indonesia), zaidah nie tersedar semula. Ingatkan dah ok namun, zaidah nie pengsan balik. Masa tue jam dah masuk kul 7pm.. last2 kitorang decide bawak dia ke klinik medivron di pantai hillpark sebab jalan nak ke bangsar banjir dan tak boleh lalu.

so, aku amek kereta aku kat level 2 dan bawak zaidah yang pengsan nie sambil ditemani oleh nora dan zareena dan drive dalam hujan lebat dan jem ke klinik. Smpai klinik, assistant kat kaunter tue kata doktor rehat dan suruh datang balik dan sory cakap, aku naik angin sebab si zaidah nie kena dicheck dengan segera dan selepas perbincangan, barulah doktor panggil dia.

doc check blood pressure dan sugar level ok dan normal dan menyarankan kitorang merujuk ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dengan segera. Jam pada masa tue dah menunjukkan jam 8 lebih dan aku pun bawaklah diorang semula ke PPUM (aku dah mula risau sebab isteri aku tak boleh tinggal sorang2 pada waktu malam sebab dia takut sikit :P).

Dengan jem giler dan hujan lebat, aku drive sampai PPUM smpai pukul 8.40pm dan terus register kat unit trauma dan kecemasan dengen menyerahkan surat daripada doc dr klinik medivron tadi.

nora amek wheel chair dan bawak dia ke dewan konsultasi untuk dicheck dan disahkan dia pengsan disebabkan gastrik.. masa tue dah pukul 9.15pm.. afterwards, aku pun drive balik zaidah ke vista krinchi dan hantar nora dan zareena kat depan Menara TM.

then, aku terus balik rumah and singgah drive thru Mc'D kat Sungai Besi beli double cheesburger untuk wife aku. sampai rumah dalam jam 10.15 sebab hujan lebat sangat dan jalan licin.

tapiii..... aku tak sangka ada sedikit perselisihan faham dengan isteri aku... pasal benda nie lol... dia mempertikaikan perbuatan aku buat semua nie kat staf aku.. aku dah explain semua.. ntahlaahh... aku tak nak citer apa yang berlaku...cukuplah ada sikit perselisihan faham yang terpaksa aku hadapi malam tadi... aku cuma mampu berdoa kepada Allah SWT agar isteri aku faham dengan apa yang perlu aku buat.. apa yang semua staf aku akan cakap kalau aku lepas tangan tinggal dia pengsan macam tue.. walaupun ada staf lain, tapi tanggungjawab aku sebagai boss kepada 14 orang staf aku perlu dibuat juga.. aku cuma minta dia faham tugas dan tanggungjawab aku pada masa tue dan kenapa aku balik lambat mcam tue.... tapi aku tahu...dia marah aku balik lambat sebab dia risaukan keselamatan aku...:) apapun, aku harus bersabar sebab benda kecik nie.. ..nie semua dugaan Allah pada aku... yang pasti, aku akan control diri aku dan sentiasa berdoa agar semuanya kembali tenang.... harap dia memahami..yang pasti, walau dia marahkan aku macam mana sekalipun, aku akan tidak menyalahkan dia dan aku akan terus menyayangi dan menyintainya sepenuh hati aku.... Insya Allah...

No comments: