Wednesday, August 27, 2008

Tanggungjawab?

semalam 27 Ogos 2008 adalah detik sukar yang pertama kali aku tempoh selama aku sudah bekeluarga selama lebih kurang 2 bulan lebih ini.

Tanggungjawab kepada isteri dan tanggungjawab kepada staf?

aku pun tahu nak start dari mana... semalam staf aku zaidah (meeter greeter) telah jatuh pengsan di backrow dalam pukul 6pm (masa hujan lebat melanda kl sampaikan jalan keluar dari Menara TM banjir kilat). Combie call PM Care utk dapatkan no tel klinik menara tm namun klinik dahpun ditutup. semua staff yang ada pada masa tue dah naik risau sebab dia tak respon masa pengsan walaupun dikejut.

aku mintak roshaidah belikan air milo dan roti bun kat kiosk LG 1 untuk diberi makan kpd si zaidah ni dan alhamdulillah lepas makan dan lepas disapukan minyak angin (abu beli dari pontianak, indonesia), zaidah nie tersedar semula. Ingatkan dah ok namun, zaidah nie pengsan balik. Masa tue jam dah masuk kul 7pm.. last2 kitorang decide bawak dia ke klinik medivron di pantai hillpark sebab jalan nak ke bangsar banjir dan tak boleh lalu.

so, aku amek kereta aku kat level 2 dan bawak zaidah yang pengsan nie sambil ditemani oleh nora dan zareena dan drive dalam hujan lebat dan jem ke klinik. Smpai klinik, assistant kat kaunter tue kata doktor rehat dan suruh datang balik dan sory cakap, aku naik angin sebab si zaidah nie kena dicheck dengan segera dan selepas perbincangan, barulah doktor panggil dia.

doc check blood pressure dan sugar level ok dan normal dan menyarankan kitorang merujuk ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dengan segera. Jam pada masa tue dah menunjukkan jam 8 lebih dan aku pun bawaklah diorang semula ke PPUM (aku dah mula risau sebab isteri aku tak boleh tinggal sorang2 pada waktu malam sebab dia takut sikit :P).

Dengan jem giler dan hujan lebat, aku drive sampai PPUM smpai pukul 8.40pm dan terus register kat unit trauma dan kecemasan dengen menyerahkan surat daripada doc dr klinik medivron tadi.

nora amek wheel chair dan bawak dia ke dewan konsultasi untuk dicheck dan disahkan dia pengsan disebabkan gastrik.. masa tue dah pukul 9.15pm.. afterwards, aku pun drive balik zaidah ke vista krinchi dan hantar nora dan zareena kat depan Menara TM.

then, aku terus balik rumah and singgah drive thru Mc'D kat Sungai Besi beli double cheesburger untuk wife aku. sampai rumah dalam jam 10.15 sebab hujan lebat sangat dan jalan licin.

tapiii..... aku tak sangka ada sedikit perselisihan faham dengan isteri aku... pasal benda nie lol... dia mempertikaikan perbuatan aku buat semua nie kat staf aku.. aku dah explain semua.. ntahlaahh... aku tak nak citer apa yang berlaku...cukuplah ada sikit perselisihan faham yang terpaksa aku hadapi malam tadi... aku cuma mampu berdoa kepada Allah SWT agar isteri aku faham dengan apa yang perlu aku buat.. apa yang semua staf aku akan cakap kalau aku lepas tangan tinggal dia pengsan macam tue.. walaupun ada staf lain, tapi tanggungjawab aku sebagai boss kepada 14 orang staf aku perlu dibuat juga.. aku cuma minta dia faham tugas dan tanggungjawab aku pada masa tue dan kenapa aku balik lambat mcam tue.... tapi aku tahu...dia marah aku balik lambat sebab dia risaukan keselamatan aku...:) apapun, aku harus bersabar sebab benda kecik nie.. ..nie semua dugaan Allah pada aku... yang pasti, aku akan control diri aku dan sentiasa berdoa agar semuanya kembali tenang.... harap dia memahami..yang pasti, walau dia marahkan aku macam mana sekalipun, aku akan tidak menyalahkan dia dan aku akan terus menyayangi dan menyintainya sepenuh hati aku.... Insya Allah...

Saturday, August 16, 2008

Isu Kuota Yang Dicadangkan MB Selangor. Salahkah?

Assalamualaikum wbt..... haizi di sini kembali.... sudah pasti seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai cadangan MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10% kuota pelajar UiTM dibuka kepada non-bumiputera. Adakah ianya salah?

Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja.. Tidak berpihak dan berlandaskan kepada fahaman parti yang cuba menangguk air yang keruh mengenai isu ini. Untuk makluman saya merupakan bekas pelajar UiTM Melaka mengambil Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dari Jun 1999 sehingga April 2002 dan kemudiannya menyambung ke peringkat Ijazah juga di UiTM Melaka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (BCA Hons) dari Oktober 2002 sehingga November 2004.

Bagi pandangan peribadi saya yang sayangkan UiTM, adalah tidak salah cadangan MB Selangor mengenai cadangan agar pihak UiTM membuka 10% kuota pelajar bagi membolehkan pelajar melayu di dalam UiTM dapat bersaing dengan warga asing dan membuktikan pelajar Melayu juga mampu bersaing di dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.

Masih ingatkan pengunjung mengenai cadangan 10% kuota non-bumiputera dibuka untuk pelar bukan melayu memasuki MRSM. Kenapa pada masa tersebut isu ini tidak dilentingkan? Saya tidak nampak 10% ini mengugat hak keistimewaan orang melayu di tanah air yang tercinta ini. Bahkan, apa yang saya pasti, seandainya ada 10% bukan melayu belajar di dalam UiTM ini dan menunjukkan keputusan cemerlang di dalam bidang akademik, pelajar2 melayu UiTM akan rasa tercabar dan cuba menyayingi prestasi pelajar2 bukan melayu ini.

Suasana ini akan menjadikan pelajar UiTM dan lebih ramai profesional Melayu lebih terbuka dan berani untuk bersaing dengan pelajar asing dan berkualiti tinggi. Apa yang saya nampak sekarang ini, isu ini telah dipolitikkan oleh parti politik yang mana saya melihat laungan pelajar2 ini di dalam demontrasi mereka dan kain rentang yang dipamerkan lebih menjurus kepada politik perkauman dan ianya tidak bagus dan tidak sihat.

Saya tidak rasa MB Selangor akan memohon maaf dan saya secara beranggapan beliau mengambil tindakan yang wajar dan betul di dalam isu ini. Pelajar UiTM perlu lebih terbuka untuk bersaing di peringkat global dari bersaing di dalam kelompok sendiri.

Inilah pandangan peribadi haizi di sini. Maaf andai tersinggung... cherioo.....

Muktamar PAS Ke 54

Assalamualaikum wbt...wacchaaa...haizi di sini.....


well... baru sampai dari Perak untuk menghadiri dan mengikuti Muktamar PAS kali yang ke 54 bertempat di Stadium Indera Mulia, Perak Darul Redzuan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar bermula dari perjalanan pergi dan balik dari sana.


Seramai 1000 perwakilan dari setiap pelusuk tanah air berhimpun di Perak yang mana ianya julung-julung kali diadakan di sana berikutan kemenangan Pakatan Rakyat dan pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar.
Aku menginap di Hotel Fair Park di Taman Fair Park yang terletak tidak jauh dari stadium tempat berlangsungnya Muktamar kali ini. Well, apa yang best kali ini, aku drive Mercedes C200K..smooth giler dari kl ke perak... series aku lenjan lane kanan 140-150 km/h.. hehehhe... tak penat langsung....

So far apa yang aku nampak, segala persiapan telah dijalankan dengan baik oleh pihak penganjur.. keluar jer dari Tol Ipoh (S), signboard ke Muktamar dah nampak dah..confirm xsesat kali ni..hahahah...

Itu sahaja kot coretan aku pada malam nie... bosan lak sebab tv aku tetiba jer rosak...tension2... xper2... ada rezeki this week beli baru terus.. hahahah :) aku pun tengah survey2 lcd 32'' tadi kat carrefour... tengoklah nanti..

sampai berjumpa lagi... waacchaaaa!!!! cherioo....




Sunday, August 10, 2008

Kursus Kecemerlangan Motivasi TMpoint State Kuala Lumpur











Kursus Kecemerlangan Motivasi TMpoint State Kuala Lumpur baru-baru ini telah dijalankan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 09-10 Ogos 2008.

Seramai lebih kurang 80 peserta dari TMpoint Muzium, Menara TM,Pandan Indah, Bangsar dan Jalan TAR dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran GM OSS TSSSB, En.Shaharis Saad dan SBM KL, En.Rozani Redzuan yang turut sama menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Di dalam kursus ini, peserta telah dipecahkan kepada 5 kumpulan iaitu Halia, Serai, Wangi, Kunyit dan Bawang bagi menjalani aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak Dusun Eco Resort yang diketuai oleh Pak Tam dan Ayahanda serta dibantu oleh stafIsmail, stafAd, stafHafizul dan stafChin.

Di antara aktiviti yang telah disertai oleh kesemua peserta Flying Fox, Obstacle Course, Jungle Tracking, Senamrobik, Poco-Poco Dance, Solat Berjemaah dan games seperti Sleeping Mafia, "Pang-Ping-Pong", Sifir 3-Hutan dan macam-macam lagi.

Aktiviti selama 2hari 1 malam ini telah berjalan dengan jayanya dan semoga input yang didapati di dalam kursus ini dapat dihayati dengan baik oleh semua staf TMpoint State Kuala Lumpur.

Monday, August 4, 2008

CPEO

waachaaa!!!! i'm back.... hari nie kecoh pasal kes CPEO nie.. tensen jer... aiyakkk..... nak tahu apa itu CPEO??? here it is...

CPEO or Customer Premise Equipment Ownership Program started in 2005. Key objective of the program is to encourage customers to own their CPE (Telephone) thus reducing TM’s cost of set maintenance. TM’s customers are given ‘rebate voucher’ with a value of RM50 to redeem Caller ID Phones with Phonebook at TMpoint.

In 2005, the program started with NI customers. Subsequently in June 2007, TSSSB was given permission for the CPEO program to be extended to 1) Customers with Faulty Set issues 2) Customers (RADAS) who are interested to migrate to CPEO ( Caller ID ).


For all of the above, customers are brief on the terms & conditions on migrating to CPEO. Attach is the form (Surat Akuan) where customers need to sign to indicate their acceptance. Frontliners must ensure customers sign on the form & indicate on the form (Name & Service Number) of their subscription to CPEO Program. Status of CPEO will be updated in CASS via S order transaction indicating the following SEF Code

NI : CPEO
Faulty : CPEF
Radas –CPEO : CPES


Customer status is checked in CASS in order to ensure CPEO Package can be offered before telephone is released to the customer.

Hope this can clearly clarified to all... honestly,aku agak pelik tengok perangai masing2 masa nak tukar set phone.. bila nak minta, senyum manis baek punya.. tapi bila kita tak bagi due to certain limitation(not entitled,set already taken etc), terus nak complaint kat orang2 atas... xfaham betul la...

La nie pun dah jadi isu kat ofis aku. Pagi nie jer, aku dah bercakap dan disoal CEO lah.... GM laah... audit laah... apa laarr.... nak naikkan revenue company pun kena cantas ini macam.,.

alaaahaaaiii.......

Sunday, August 3, 2008

My Beloved

halloww... here i am... :)

gambar kat sebelah tue... gambar mak n wife aku.. 2-2 person yang aku sayang..
gambar nie diambil masa keje kawin along (anak abg nuar) di Masjid Tanah baru2 ini.....
apa ek aku nak cakap pasal diorang.. apa yang aku tahu... aku sayang mak n isteri aku!!!

Friday, August 1, 2008

Balik Kampung....

hallow... here i am..... :)

As usually, every month aku akan balik kampung aku... my hometown.... even aku tak lahir kat sini namun aku seolah-olah dilahirkan di sini... hurmmm.... di sinilah aku membesar.. jadi manusia...
Masa bujang2 dulu, balik sorang2 jer... nie dah 2 bulan lepas kawin, adalah 2-3 kali kot aku & wife aku balik kampung di Melaka... hahahhaa.... balik berdua.. :) so, dalam sebulan tue, kami peruntukkan balik Meru dan balik Melaka sekali :)
Kalau balik melaka tue, aku memang ternantikan masakan asam pedas ataupun sambal tumis ikan bilis yang mak aku masak... lauk wajib kalau aku balik... dan kena masak sayur sekali... hehehe...
Kalau kat meru pulak. mak mertua aku (umi) pun terer masak... fuhh... mcm mana nak kurus nie.. jangan kata mak dan mertua aku, isteri kesayangan aku pun pandai masak... tq sayang!!
Kalau mak mertua aku masak taucu (aku baru kenal lauk nie :p ) confirmlah aku makan bertambah... hehehhe... nak2, umi masak ayam masak kicapp.. aargghhhh... syedapnyerr...
so....la nie aku tengah tengok dan tunggu wife aku tengah bersiap nak balik melaka... dia tengah iron baju...

jumpa lagi.... 21...cheriooo.... :)