Assalamualaikum wbt..... haizi di sini kembali.... sudah pasti seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai cadangan MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10% kuota pelajar UiTM dibuka kepada non-bumiputera. Adakah ianya salah?
Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja.. Tidak berpihak dan berlandaskan kepada fahaman parti yang cuba menangguk air yang keruh mengenai isu ini. Untuk makluman saya merupakan bekas pelajar UiTM Melaka mengambil Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dari Jun 1999 sehingga April 2002 dan kemudiannya menyambung ke peringkat Ijazah juga di UiTM Melaka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (BCA Hons) dari Oktober 2002 sehingga November 2004.
Bagi pandangan peribadi saya yang sayangkan UiTM, adalah tidak salah cadangan MB Selangor mengenai cadangan agar pihak UiTM membuka 10% kuota pelajar bagi membolehkan pelajar melayu di dalam UiTM dapat bersaing dengan warga asing dan membuktikan pelajar Melayu juga mampu bersaing di dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.
Masih ingatkan pengunjung mengenai cadangan 10% kuota non-bumiputera dibuka untuk pelar bukan melayu memasuki MRSM. Kenapa pada masa tersebut isu ini tidak dilentingkan? Saya tidak nampak 10% ini mengugat hak keistimewaan orang melayu di tanah air yang tercinta ini. Bahkan, apa yang saya pasti, seandainya ada 10% bukan melayu belajar di dalam UiTM ini dan menunjukkan keputusan cemerlang di dalam bidang akademik, pelajar2 melayu UiTM akan rasa tercabar dan cuba menyayingi prestasi pelajar2 bukan melayu ini.
Suasana ini akan menjadikan pelajar UiTM dan lebih ramai profesional Melayu lebih terbuka dan berani untuk bersaing dengan pelajar asing dan berkualiti tinggi. Apa yang saya nampak sekarang ini, isu ini telah dipolitikkan oleh parti politik yang mana saya melihat laungan pelajar2 ini di dalam demontrasi mereka dan kain rentang yang dipamerkan lebih menjurus kepada politik perkauman dan ianya tidak bagus dan tidak sihat.
Saya tidak rasa MB Selangor akan memohon maaf dan saya secara beranggapan beliau mengambil tindakan yang wajar dan betul di dalam isu ini. Pelajar UiTM perlu lebih terbuka untuk bersaing di peringkat global dari bersaing di dalam kelompok sendiri.
Inilah pandangan peribadi haizi di sini. Maaf andai tersinggung... cherioo.....
2 comments:
sebagai seorang student di institusi swasta, saya diajar untuk bersaing dengan bangsa asing bukan sahaja cina, india malah juga arab dan sebagainya. kenapa perlu takut untuk bersaing kerana persaingan yang sihat dapat memberi faedah kepada bangsa melayu juga.
Salam Kemerdekaan dari slumbeR@J@!
wanna exchange link? slumbeR@J@!
terima kasih en/cik slumber.. semangat itu yang malaysia baru inginkan.. sepatutnya, pelajar uitm tidak perlu takut untuk bersaing di peringkat domestik mahupun antarabangsa...seharusnya cadangan ini disahut dengan positif oleh semua pihak...
Post a Comment