Tuesday, June 30, 2009

FIRST POSITIVE CASE OF INFLUENZA A(H1N1) VIRUS / KES PERTAMA JANGKITAN VIRUS INFLUENZA A (H1N1) DIKESAN DI MENARA TM

 

FIRST POSITIVE CASE OF INFLUENZA A(H1N1) VIRUS  IN MENARA TM 

 

Dear Colleagues

 

On 26 June 2009, TM received a confirmed report that one of our colleagues in Menara TM is infected with the Influenza A(H1N1) Virus. This is the first positive case of infection reported in TM. Based on the chronology of events, the staff was probably infected during an official trip to Singapore on 19 June 2009. After experiencing fever and cold for several days, the staff was confirmed to be infected with the Influenza A(H1N1) Virus on 25 June 2009 and had undergone treatment at the Sg. Buloh Hospital.

 

Hence, the Company has activated the ‘Pandemic Preparedness Team’ chaired by Chief Human Capital Officer at Menara TM to tackle this situation. Among the early measures taken includes providing quarantine facilities at LG1, Menara TM and GF, Annexe 2 as a move to segregate the patient before sending them to hospital. Cleaning and disinfecting works are continually in progress in all common areas of Menara TM, Annexe 1 and Annexe 2 buildings. We are prepared to provide the necessary equipment and material for handling the matter depending on the severity of situation. Our Command Centre at Cyberjaya has been alerted on standby and to be activated as and when required.

 

The ‘Pandemic Preparedness Team’ will continue to monitor closely the development of the situation and ensure the smooth progress and updated enforcement of the action plan.

 

Therefore, I urge all Warga TM to take the following precautionary measures:

 

-         Avoid any contact with those who are not well and having cold and cough;

 

-         Wash your hands frequently and carefully with soap;

 

-         Avoid touching your face, especially your nose and mouth, to prevent infection;

 

-         Cover your nose and mouth whenever you sneeze or cough, or use a face mask;

 

-         Avoid crowds and open space whenever you are in an infected area;

 

-         Seek the latest information on this disease and take the necessary precautionary measures to avoid infection;

 

-         Should you be going on a trip to any of the infected countries, seek information on areas that have been infected and avoid them.

 

You are also reminded to seek IMMEDIATE medical treatment at the nearest clinic if you show signs of having a cold and/or fever.

 

You are encouraged to rest at home for three (3) days if you are given medical leave specifically for flu and fever. In case of the medical leave is less than three (3) days, the Company will still exempt you from coming to work for a total of three (3) days (medical leave inclusive). TM staff who returned from an official trip or holiday overseas from countries stated in the Status of Countries Reporting Cases Influenza A-H1N1 as attached, is also required to take these three (3) days self quarantine.

 

During this self quarantine period, you are still required to conduct your official duties from home.

 

You are required to notify your respective Human Capital office soonest possible if you are:

 

§         undergoing self quarantine for the said reason;

§         instructed to be home quarantined by the Ministry of Health; or

§         hospitalized due to Influenza A-H1N1 infection.

 

 

The Management will constantly keep you updated on the latest development. Please visit the web site at http://1intra/h1n1, which serves as a one-stop centre for you to seek vital information on H1N1 in general or specifically in TM. You may also refer to the attachment, or visit the Ministry of Health website at www.moh.gov.my.

 

For any enquiries, please contact Encik Hider Abdul Hamid or Encik Mohd Faizal Hashim at the Occupational Safety, Health & Environment Unit (03-22401769 /2240 1562).

 

 

Regards

 

DATO’ ABDUL AZIZ ABU BAKAR

Chief Human Capital Officer

 

 

KES PERTAMA JANGKITAN VIRUS INFLUENZA A(H1N1) DIKESAN

 

Rakan-rakan sekalian

 

Pada 26 Jun 2009, TM telah menerima laporan bahawa seorang anggota kita yang bertugas di Menara TM telah disahkan positif jangkitan virus Influenza A(H1N1). Ini merupakan kes positif jangkitan yang pertama direkodkan di TM. Berdasarkan kronologi kejadian, beliau berkemungkinan  mendapat jangkitan tersebut ekoran daripada lawatan kerja di Singapura pada 19 Jun 2009. Setelah mengalami demam selesema selama beberapa hari, beliau akhirnya disahkan positif jangkitan virus Influenza A(H1N1) pada 25 Jun 2009 dan telah menerima rawatan di Hospital Sg.Buloh.

 

Sehubungan itu, Syarikat telah mengaktifkan ‘Pasukan Persediaan Pandemik’ yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Modal Insan di bangunan Menara TM untuk menangani situasi ini. Antara tindakan awal yang diambil adalah menyediakan kemudahan bilik kuarantin di LG1, Menara TM dan GF, Annexe 2 sebagai langkah pengasingan sebelum dihantar ke hospital. Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian juga sedang  giat dijalankan secara berterusan di semua kawasan awam di bangunan Menara TM, Annexe 1 dan Annexe 2. Kami juga telah bersedia untuk menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan bagi menangani situasi bergantung kepada tahap keterukkan isu ini.  Pusat Arahan juga telah diarahkan bersedia untuk diaktifkan sekiranya situasi memerlukan.

 

‘Pasukan Persediaan Pandemik’ akan terus memantau secara dekat perkembangan situasi dan memastikan perlaksanaan pelan tindakan tersebut berjalan lancar serta memenuhi keperluan semasa.

 

Saya menyeru seluruh Warga TM untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:-

 

-          Elakkan daripada berhubung dengan mereka yang didapati tidak sihat ataupun demam dan batuk;

 

-          Basuh tangan anda dengan sabun secara rapi dan kerap;

 

-          Elakkan daripada menyentuh muka anda, terutamanya hidung dan mulut, dengan tangan bagi mengelak jangkitan;

 

-          Tutup hidung dan mulut anda ketika bersin ataupun batuk, atau gunakan topeng muka;

 

-          Jika anda berada di kawasan yang terlibat, jauhi tempat-tempat perhimpunan orang ramai dan kawasan luar;

 

-          Dapatkan maklumat terbaru mengenai situasi penyakit ini dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak jangkitan;

 

-          Jika anda berkunjung ke negara-negara yang terlibat, dapatkan maklumat mengenai kawasan-kawasan jangkitan dan jauhinya.

 

Anda juga diingatkan supaya mendapatkan rawatan perubatan daripada klinik terdekat SERTA-MERTA sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda demam dan/atau selsema.

Sekiranya diberikan cuti sakit akibat demam dan selsema, anda digalakkan untuk berehat di rumah selama tiga (3) hari. Jika cuti sakit yang diterima kurang dari tiga (3) hari, pihak Syarikat tetap akan memberikan Pelepasan selama tiga (3) hari (termasuk cuti sakit). Begitu juga bagi anggota TM yang kembali bertugas atau bercuti dari luar negara yang dinyatakan dalam lampiran Status of Countries Reporting Cases Influenza A-H1N1, anda dikehendaki  mengambil Pelepasan selama tiga (3) hari sebagai kuarantin kendiri.

 

Sepanjang tempoh kuarantin kendiri, anda masih dikehendaki menjalankan tugas-tugas rasmi dari rumah.

 

Kerjasama anda  diperlukan untuk memaklumkan kepada pejabat Human Capital masing-masing dengan kadar segera sekiranya anda :

 

  • menjalani kuarantin kendiri atas sebab-sebab yang telah dinyatakan;
  • diarah menjalani kuarantin di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan; atau
  • dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Influenza A-H1N1.

 

Pengurusan akan sentiasa memberikan anda perkembangan-perkembangan terbaru. Sila layari  laman web di http://1intra/h1n1 sebagai pusat setempat bagi anda mencari maklumat-maklumat penting mengenai H1N1 secara umum dan juga khusus di TM. Anda juga boleh merujuk kepada lampiran, ataupun kunjungi laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Hider Abdul Hamid atau Encik Mohd Faizal Hashim di Unit Occupational Safety, Health & Environment (03-2240 1769 / 2240 1562). 

 

 

Salam hormat

 

DATO’ ABDUL AZIZ ABU BAKAR

Chief Human Capital Officer

3 comments:

rozie rahman said...

eeeii..takutnye..pasni en haizi kene la pakai mask ye..

h a i z i said...

jadi masked rider leh? heheh

FARAH MILA said...

wei haizi..kau kena jauh dr kitorang ni...sebab kau kat menara..hehehe..by the way, aku tengah selsema dan batuk.demam takde..so aku insyaallah tak da apa..tapi doctor dah bagi aku MC 2 hari...kurang 3 hari kan?