Thursday, November 27, 2008

tq my dear...

wacchaa!!!

honestly tak sangka aku dapat surprise macam nie... wife aku hadiahkan ini sebagai hadiah birthday aku.. terharu jugak laa...

sayang...really appreciate it... tq so much....suka bangat!!!

Tahniah Azran dan Redzuan!!

Alhamdulillah, kedua-dua kawan baik aku nie dah jadi ayah dah... isteri mereka telah selamat melahirkan kelahiran anak yang pertama minggu ni.. aku suh tahan sampai besday aku tapi baby dah tak sabau nak kuar.. huhuhuu.

isteri azran (wanie) selamat melahirkan baby boy di Pantai Medical Center, Pantai Bharu dan diberikan nama Adham Aftar bin Azran....

isteri wan (dayah) pula selamat melahirkan baby boy di HUKM pagi tadi....

Insya Allah, aku akan melawat korang nanti....

apapun, alhamdulillah dan tahniah pada korang yek... semoga jadi ibubapa yang baek!

Tuesday, November 25, 2008

Feel Angry.....

*&$!!(^%!@.....

aku bengang giler dengan apa yang berlaku hari ni!!! aku tak tahu kesabaran aku dah sampai mana!! cuma darah melayu dan darah muda aku tercabar dengan sorang customer nie!!!! haramjadah!!!! aku tahu aku bekerja dalam customer service.. tapi salah ker??? semua benda aku buat ker? sial!!! aku memang marah giler..

macam melepaskan anjing yang tersepit dan anjing tue memang nak kena rembat kalau dia menyalak lagi depan aku esok!!!! arrghhh!!!!

customer nie dari kes tmpoint laen...n datang ofis aku dengan takde adab mengadu pasal tempat dia problem internet connection... punyalah aku handle baek... dah la datang tak reti nak hormat... sometimes aku terfikir, kat Malaysia kah aku ni? memang sabar sangat tapi.. wallahualam..

sampai malam aku call almost 1 week aku tanya perkembangan sampailah problem dia resolved dengan dibantu oleh team docket subang, o&m subang dan pihak rrt.... alhamdullillah.. syukur...

soo.. aku buat lah rebate request n escalate ke pihak billing...so.. any decision melibatkan billing is beyond my control... semuanya di bawah bidang kuasa pihak billing...

sampai lah tadi.. masa aku tengah tak sihat (MC), aku dapat panggilan bertubi2 dari no hp dia.. malas nak angkat..sebab tak larat n aku tak kerja and aku akan reply call dia nanti...lgpun xleh nak check apa2....last2 petang nie aku pun angkat.. nahh!!! kena hamun!!! sebab dia kata dia dapat adjustment RM 19 sahaja instead 3 bulan yang dia mintak... aku dah terangkan tapi si sialan nie tak nak faham...

buta2 aku kena tadi.. dengan tak larat tadi.. aku pun sound dia.. senyap!! lepas tue dia kata aku rude n nak complaint kat org atas!!! tak ke namanya......... memang %*@#%*!! aku jadi hilang sabar.... aku dah cakap aku tak kerja dan aku pun tak leh nak refer any system sebab aku kat rumah...xsihat baring jer...bagi aku check dulu!! ntah setan apa dia ada..aku kena lagi!!!!! "i don't care...that's ur problem" and terus dia letak... itu yang dia cakap!!! tue yang hilang pertimbangan aku dengan customer nie...

memang babi lah...aku memang jarang nak maki orang...tapi kali nie.. aku hilang respect kat customer2 yang macam nie.. aku rasa kalau kat luar nie dan bukan dalam kerja..., mahu aku nak berembat & patah2kan tangan dia... bengang laa!!!

aku memang bengang dan hilang sabar dengan dia.. kalau dia datang sound aku...apa nak jadi..jadilah!!!!!! bangsat!!!!!

Sunday, November 23, 2008

Lawatan T.E.M ke TMpoint Menara TM

Wacchaaa.... hallow...

hari nie, ada visitors dari 11 buah negara dari Telecommunication Engineering Management (T.E.M) di bawah program program Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP). Semuanya management yang experts pasal IT development and growth kat dunia.. huuhu... diorang datang dari Laos, India, Sri Lanka, Bostwana, Myanmar, Bosnia, Pakistan and apa lagi ntah...

Diorang nie dah berkampung kat Malaysia dah hampir 2 minggu.. so, hari nie schedule diorang visit ke office aku dan naik ke tkt 50 Menara TM. kalau ikutkan email yang management informed kat aku, diorang akan datang kul 9.30am.... nah!!! pukul 9.00am diorang dah sampai dah... huhuuh.. nasib baik dah prepare walaupun cuak gak pada awalnya sebab datang mengejut.. xsempat nak main kompang n sembah silat.. ahahahha....

macam2 diorang tanya...Especially ada sorang visitor tue (GM Network Operation & Maintainence Sri Lanka Telecom PLC)....dia banyak tanya pasal IT gadget especially modem,router,homeplug... nasib baek dah ready dahh.. huhuu... kacanggg..... :)

nie antara gambar2 yg sempat diambil oleh staf aku.. tq ros/abu/shukor..

Enjoy....








Saturday, November 22, 2008

Wife going to course....

huhuh.. wife aku akan pergi ke kursus induksi di Sri Malaysia Port Dickson dari hari ini (ahad) sampai lah hari khamis... almost 5 days kat sana... jadi sorang2 lak aku.. huhuh.. sedey woo.. jauh dengan bini.. hehehe (ngade2)...

apapun, aku harap dia ikuti kursus dengan baik dan jaga diri sepanjang kat sana.. kejap lagi nie aku nak hantar...dia pun tengah siap2 tue... la nie masa aku create post nie, dia tengah gosok tudung dier...

apapun sayang.. take care.. u r alwayz in my mind and my heart.. keep calling/sms me ya!

Karaoke @ News KTV Klang Parade

wacchaaa.. halooowww.... semalam, aku, wife, kakngah & adah sempat berkaraoke kat News KTV Klang Parade... amek happy hours...RM 20++ per hour..

setelah agak alam kitorang tak jejakkan kaki kat sana.. News KTV kat Klang Parade dah lagi besh and cantik... tv kalau dulu jenis besar, sekarang dah pakai LCD 32".. air cond pun sejuk giler..
niat di hati nak nyanyi lama2... tapi dapat amik 2 jam sahaja.. huhuhu.. bersakan2 la kitorang nyanyi... black dog bone, siti nurhaliza, nidji, ella, nadia, ungu, rossa antara artis2 yang jadi mangsa kitorang utk rosakkan lagu diorang.. wakakaka...

nie gambar yang sempat diamik semalam...


Saturday, November 15, 2008

Night Picnic at Putrajaya Square..

wacchaaaaa... burrpppp.... alhamdulillah... we were just came back from night picnic at putrajaya square...perrgghh...berkelah di waktu malam??? it's sound freak but its not freaky in putrajaya....

bukan hanya kami yang bawak bekal masak dari rumah n makan2 kat dataran putrajaya but there are many family picnic kat sana.... ada yang bawak kfc, secret reciepe and masak dari rumah..

mcam kitorang lak... kitorang bawak bekal dari rumah... wife aku masak ikan keli sambal, sayur bayam masak tumis air, ayam goreng dan kitorang wrapping and bawak ke putrajaya square.. layan beb... :)

nie antar gambar yang sempat diambil... tak sempat nak lepak lama2 coz nak rushin' balik tengok sehati berdansa.. hehehe..... caiyokkk lisda&fauzi.... !!!



Mandi Manda @ Desa Waterpark

hallow.. fuhh.. beshnyer...penat pun ada gak.. kitorang (aku,syg,kangah & adah) baru balik mandi manda di Desa Waterpark Taman Desa, KL.

Actually nie 1st time aku ke sana.. hehehe.. kitorang gerak dari putrajaya tadi jam 12.30 dan sampai sana lebih kurang jam 1pm.. lepas bayar RM 74 (3 dewasa & 1 kanak2?).... kitorang pun lenjan sampai lebam kat sana..

haha.. paling 'best' adalah thunder bolt..lama giler queue kat sana. haha.. apapun.... memang besh.. nie ada sikit gambar kitorang yang boleh dishare untuk tatapan umum...





Wednesday, November 12, 2008

Kematian Jiran di Kampung..

Pagi tadi aku dikejutkan dengan sms dan panggilan telefon pada jam 6.12am yang mana aku diberitahu oleh mak aku, jiran aku, kak nor (isteri kepada en.hussein) telah kembali ke rahmatullah.

Puncanya adalah kemalangan ambulan di persimpangan lampu isyarat Cheng, Melaka. arwah sebelumnya tidak sedarkan diri akibat komplikasi darah tinggi dan kencing manis sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah dan kemudiannya dibawa pula ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulan.

Dalam perjalanan ke Hospital Melaka, ambulan yang dinaiki arwah dan staf perubatan mengalami kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Cheng, Melaka.

So...punca kematian wallahualam sama ada disebabkan komplikasi penyakit yang dihidapi beliau ataupun disebabkan impat kemalangan tersebut.

Apapun, pada mana2 yang melayari blog saya ini, marilah kita sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada arwah...modah2an rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT... Al-Fatihah..

iCARE Handholding Session at TMpoint Menara TM

well... since hari Isnin sampai hari ini, team iCARE dari group CRM berkampung kat office aku untuk guide dan bagi tunjuk ajar kat staf2 aku especially di bahagian processing (MSOS) tentang usage of iCARE... special thanks to En.Rozman, En.Nasir dari group CRM dan amy dari TMpoint Muzium kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami.

So.. apa yang aku harapkan, penggunaan iCARE di TMpoint Menara TM akan terus meningkat selepas tamat sessi handholding ini... To all my staff, if u all read my blog, i just want to say.... KEEP IT UP!!!!

cheriooo............

Aisha datang rumah...

wacchaaa!!!!.... semalam aisha dengan boss dia datang lepak dan dinner kat umah aku...? hah.. ye ker boss?? hhuhuhuh.... tetttt!!!!!!!!!!! hhehehe.... apapun, tq for comin'.....

Monday, November 10, 2008

Wife demam lorr

cian wife aku.. tiba2 demam...mau nyer tak risau... risau giler... xperlah sayang yek.. syg rehat2 yek...

sempat juga lah masakkan bubur utk wife aku... aku pun tak tahu sedap ataupun tak..huhuhu.. apapun, aku harap dia akan cepat sembuh...

luv u alwayz!!! take care my dear!!

Thursday, November 6, 2008

Gagal Lagi???

adehhh..... gagal lagi? itu ayat pertama keluar dari dalam kepada otak aku bila aku tengok result exam SPA nie..

hurmm... ntahlaa... yang exam nie kali ke 4 aku attend... still gagal? aku rasa aku dah cuba yang paling baik untuk jawab kesemua soalan yang diberikan pada exam bulan 8 lepas..

Wallahualam... dah ini keputusannya... nak buat macam mana.. pasrah? marah? kecewa? ntah.. hanya DIA jer yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan apa yang tersirat.
So...rasa2 la kan...perlu ker aku mencuba exam SPA nie lagi? atauuu..... aku lupakan terus dan bekerjaya dengan apa yang aku ada sekarang nie? Any advice?


Tapi....aku memang nak masuk sektor awam...cuma nasib sahaja yang masih belum menyebelahi aku... Ya Allah...limpahkanlah rahmat dan kurniaMu kepadaku.. AMIN.

Sunday, November 2, 2008

Majlis Konvokesyen TAKIS Wariqissalam

Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke-9

Alhamdulillah, pada semalam (02.11.2008), sambutan konviokesyen graduan2 dari TAKIS Wariqissalam telah berjalan dengan jayanya. Sebanyak 8 TAKIS Wariqissalam merangkumi sekitar Selangor (Bukit Kapar, Sungai Pinang, Sri Muda, Desa Kemuning, Teluk Panlima Garang, Headstartkids, Johan Setia dan Kampung Keretapi) telah berhimpun bersama-sama di Dewan Al-Faizin, Sekolah Rendah Agama Meru semenjak jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bagi meraikan graduan-graduan comel yang bakal meninggalkan sessi pra-sekolah dan seterusnya melangkah ke alam sekolah rendah.
Dipengerusikan oleh Puan Mariam Abdul Malik dan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rafiee bin Abdul Rahim, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan menarik oleh graduan comel ini di dalam bentuk nyanyian nasyid,lagu inggeris, tarian zapin dan pentomen.
Diselang-seli dengan cabutan bertuah untuk ibubapa yang hadir, majlis konvoksyen ini yang disertai oleh lebih kurang 250 orang sangat bermakna bagi menunjukkan sokongan moral kepada penglibatan TAKIS Wariqissalam di dalam menyediakan anak-anak dengan sistem pendidikan yang ideal malah memerlukan jiwa berkualiti tinggi, semangat waja dan berilmu.
Majlis ini juga dapat memberikan peluang dan pendedahan kepada perkembangan anak-anak kepada kecemerlangan akademik, bakat dan kebolehan mereka bagi mengakhiri tahun pra sekolah khasnya.
Di bawah adalah gambar yang sempat diambil oleh saya di dalam Majlis Konvokesyen TAKIS Wariqissalam kali ke-9. Nikmatinyaaa......










Majlis Persandingan Fazly di Tangkak


Gambar di sekirar majlis persandingan saudaraku di sebelah arwah abah, fazly di tangkak, pada sabtu lepas, 01 November 2008.. actually dia dah bernikah dengan isterinya, zura pada bulan Ogos yang lepas....

Tapi, aku minta maaf sangat2 kepada fazly kerana tidak sempat menunggu sehingga masa bersanding kerana perlu bergerak semula ke Melaka.

Alhamdulillah, aku dan isteri serta mak ayah aku dapat juga berjumpa dengan sedara2 aku yang di sebelah arwah abahku di sana... nie gambar2 nya... enjoyy.....

Lauk Beriani Kambing.... marvellous gilerz!!!!
Khemah di Balai Raya

Shinnaz + mak with sedara


cinta's............


Dengan cik+pakcik (family fadzly)

Adriana....my sweety niece
comey uhh....

makan-makan