Sunday, November 15, 2009

Majlis Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke 10


memang minggu yang memenatkan....full pack! termasuk hari ini.... dari kelmarin bertungkus lumus untuk persiapan Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil TAKIS Wariqissalam kali ke-10 yang diadakan di Dewan MPK Meru.

(Imbasan Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali ke-9/2008 :sila klik di sini )

Peranan aku sepanjang majlis konvokesyen ini adalah sebagai MC (Pengacara Majlis) bersama kangah, manakala wife aku bertindak sebagai AJK Hadiah.. my MIL bertindak sebagai Pengerusi TAKIS dan pengelola majlis ini memang dah start sibuk since dari last week lagi.. superb laa!!!

crowd??? siyes ramai... sepanjang pagi sampai tengahari, Dewan MPK Meru penuh dengan makbapak budak2 kecik TAKIS Wariqissalam (6 cawangan) dan 3 Tadika Jemputan yg memohon untuk join sekali majlis konvokesyen ini.

banyak giler dugaan sepanjang memastikan perjalanan majlis ini.. walau apapun, aku secara peribadi nak ucapkan terima kasih di atas bantuan saat akhir yg diberikan oleh unit penajaan Telekom Malaysia Bhd yang at least membantu dari segi tajaan untuk kanak2 cemerlang... walaupun sedikit dan walaupun sepatutnya dijanjikan lain, tq jg sebab dpt membantu menjayakan majlis ini.

apapun, series aku terhibur dengan kaletah anak2 TAKIS ini....menyanyi?berlakon?modelling? menangis?? semua ADA!!! hahahaha.... aku dah besar nie pun x seberani budak2 nie...

tapi...aku pelik, lepas majlis konvo nie, ada ibu bapa buat aduan terus kat JAIS sebab TAKIS umi tidak mengamalkan pendidikan islam di dalam majlis konvokesyen kelmarin..

laaaa............... aku cukup pelik dengan orang2 macam nie... tak pasal2 umi (mak mertua aku kena panggil dengan JAIS sebab dikatakan TAKIS Wariqissalam tidak mempratikkan nilai2 islam kepada budak2 kecik nie..

Astaghfirullah...macam mana gamaknya ada mak bapak yg buat tuduhan camtue... TAKIS Wariqissalam menekankan pendidikan secara Islamic English yang mana sesetengah kandungan pembelajaran di ajar secara dwi bahasa (bahasa melayu dan bahasa inggeris).

agak sedeh jugaj sebab ada jugak mak bapak yg kata TAKIS mak mertua aku tidak islamik sebab mengajar dalam bahasa inggeris.. (bagi aku, orang2 ini lah yang menyempitkan pandangan islam kepada orang luar..seolah2 agama islam tidak membenarkan semua itu).. pelik bukan?

aku akui TAKIS Wariqissalam bukanlah 100% Tadika Islam seperti sesetengah Tadika Islam yang lain (xperlu sebut nama)...namun, pendidikan yang diterapkan oleh cikgu2 TAKIS Wariqissalam juga menjurus ke arah keislaman, penerapan nilai2 murni kepada anak2 ini..

tak pasal2 kami kena bagi tunjuk sebab.... ntahapa2ntah....

pandangan aku mengenai isu ini :

1. mak bapak yang komplen kpd JAIS ini tidak tahu bahawa majlis konvokesyen anak2 tadika ini juga disertai oleh 3 tadika lain (sebab tadika lain hanya ada 1 cawangan shj).

2. semua anak2 TAKIS Wariqissalam adalah mengenakan tudung dan at least menutup aurat semasa persembahan.

3. kalaupun kanak2 ini (4-6 tahun) ini tidak memakai tudung, mereka adalah anak2 kecil yang masih tidak ada bebanan dosa/pahala malahan belum baligh dan setahu aku,belum diwajibkan anak2 ini menutup aurat kerana mereka masih kecil.

4. ciri2 islamik tidaklah terikat kepada persembahan nasyid semata2... adakah kanak2 ini tidak dibenarkan untuk menyanyi? tidak dibenarkan untuk membuat sketsa? tidak dibenarkan untuk menari di atas pentas.

5. tuduhan acara2 ini mengajar budak2 ini benda yang tidak baik adalah disanggah sama sekali!!! memang betul kanak2 ini perlu dididik semenjak kecil namun, peranan guru2 TAKIS untuk mengajar dan memberikan tunjuk ajar dan pemahaman dan membantu anak2 ini di dalam proses tumbesaran mereka... di dalam perkara ini, siapa kita dan apa daya guru2 TAKIS untuk menentukan apa yang mereka akan jadi apabila besar nanti??? BAIK ??? ataupun TIDAK BAIK ???? tepuklah dada tanya diri sendiri!

6. pendedahan xtvt2 ini bertujuan memberikan keyakinan kepada anak2 ini untuk tidak takut berhadapan dengan crowd.

7. xtvt2 ini juga secara praktikalnya dapat mengembangkan minda anak2 ini dan membuatkan mereka mudah memahami setiap xtvt yg dijalankan.

apapun, aku tak nak mengulas panjang....takder la arif pasal benda2 nie...apapun, harap ianya menjadi pengajaran dan motivasi kepada kami untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak2 ini..!


nie antara pict yg sempat diamik oleh adah... bak kata nora danish...... kita enjoyyyyyyyyyyyyy..........

songkok lupa bawak :P

antara ibu-bapa yang hadir memberikan sokongan...


kangah


















No comments: