Tuesday, July 7, 2009

PENGGUNAAN "SURGICAL MASK " DAN "HAND SANITIZER" DALAM SITUASI JANGKITAN VIRUS INFLUENZA A (H1N1)

Warga TSSSB yang dihormati sekalian,


Sejajar dengan makluman penggunaan ”surgical mask” dalam keadaan pandemik virus Influenza A (H1N1) , adalah disarankan agar pembeliannya buat masa ini adalah dari peruntukan wang ’petty cash’ bagi setiap TMpoint / Bahagian masing - masing.


Anggota Pentadbiran TMpoint / Unit Sokongan Perniagaan / Pejabat Pengurus Perniagaan Negeri diminta memantau dan memastikan semua anggota diperuntukkan surgical mask tersebut. Bagi tujuan pembelian surgical mask ini sila rujuk pada gambar yang dikepilkan serta cara pemakaian seperti dibawah :


i. Pastikan ia adalah dari jenis 3 ply


ii. Bahagian bewarna adalah bahagian luaran.


iii. Terdapat bahagian yang agak keras ditengah-tengah mask, ianya perlu terletak di bahagian hidung, letakkan dengan kemas dan selesa.


iv. Sila pastikan alat penyangkut disangkut kemas di bahagian telinga.





Selain daripada itu juga, pembelian hand sanitizer boleh dibuat dengan menepati ciri – ciri berikut :


i. Menghapuskan 99% kuman tanpa menggunakan air.


ii. Tanpa perlu dibilas


Kerjasama dalam mematuhi etika cara pemakaian dan penggunaan yang selamat adalah amat dihargai.


Sekian, salam hormat

TELEKOM SALES AND SERVICES SDN BHD

3 comments:

shinnaz said...

erm..bestnyer pakai tu kan..vouge gaks..hehe..lagi² dengan baju TM..waaaa:(( rindunyer..

FARAH MILA said...

waaa.seronoknyaaa...rugi berenti tmpoint.kalau tak boleh pakai ..kan kan?hehehe

Mohd Haizi bin Mohd Khair said...

shinnaz : vogue ker??
farah : ala farah.... kat uitm tue pun leh pakai wat... huhuuh..pakai dpn pmz.. wahahaha