Sunday, June 21, 2009

FW: Penipuan!!.. Jgn berurusan dgn travel agent Careways Holiday & Tours Sdn. Bhd

-Forwardded email from haizi@tm.com.my
 

Subject: Penipuan!!.. Jgn berurusan dgn travel agent Careways Holiday & Tours Sdn. Bhd

Salam semua,
 
Pengalaman ngeri ini berlaku ke atas saya dan keluarga pada cuti sekolah yang baru ini. Kejadian ini bermula pada 13/3/09 semasa saya pergi ke MATTA fair yang bertempat di PWTC. Di sana saya telah berurusan dengan syarikat Careways Holiday & Tours Sdn. Bhd. Syarikat agen pelancongan ini bertempat di Kuantan untuk menguruskan penginapan kami di Cameron Highland untuk percutian yang kami rancang pada musim cuti sekolah pada  30/5/0 hingga 1/6/09 iaitu selama 3 hari 2 malam. Saya telah berurusan dengan En. Shukri Harun, Managing Director syarikat berkenaan. Beliau meminta deposit sebanyak RM100 bagi melayakkan saya mendapat harga promosi untuk penginapan tersebut. Saya bersetuju dan menerima resit deposit daripanya. Jumlah pembayaran untuk tempat penginapan itu (pangsapuri Royal Lily) ialah RM640.
 
Setelah baki bayaran dibayar pada 8/4/09, saya terus memberi maklumat tentang percutian i seperti tarikh dan bilik kepada beliau, dan beliau berjanji akan fakskan slip pengesahan beserta resit pembayaran. Hampir sebulan saya memohon slip dan resit berkenaan namun begitu banyak alasan yang diberi samada melalui email (pada 8/4/09), faks (pada 16/4/09) dan juga menggunakan perkhidmatan pos laju (pada 28/4/09). Namun semuanya tidak saya terima, malah nombor poslaju saya terima bukan yang sebenarnya. Setelah didesak serta mengugut untuk melaporkan kepada polis, barulah beliau tergesa-gesa email kepada saya pengesahan slip berserta pernyataan penerimaan wang pada 8/5/09. Malah semasa beliau menyediakan confirmation slip itu, beliau sekali lagi meminta butir-butiran tentang percutian, ini menunjukkan bahawa maklumat yang saya berikan sebelum ini tidak diambil perhatian.
 
Pada hari kami bertolak ke Cameron Highland, saya mendapat panggilan daripada beliau yang mana tempat penginapan asal telah ditukar kepada yang lain. Alasannya ialah tempat yang asal tidak elok dan beliau mencadangakan ke pangsapuri Cameron Desa yang lebih elok. Saya pun bersetuju, kemudian 30 minit kemudian sewaktu kami hendak bertolak, saya mendapat panggilan lain daripada pihak pengurusan Cameron Desa yang mengatakan tiada bilik kosong pada 30hb, dan mengatakan beliau tersilap tempah untuk penginapan kami iaitu daripada 31/5 hingga 2/6. Setelah mendapat berita itu, saya terus menghubungi En. Shukri untuk bertanyakan masalah ini. Beliau kemudian menyiasat masalah ini. Namun begitu, pihak Cameron Desa menelefon saya kali yang kedua menyatakan tiada bilik yang kosong pada hari itu. Saya dengan panas hati menelefon Shukri untuk mendapatkan penjelasannya. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Namun saya meminta beliau mencari penginapan sementara untuk satu hari sebelum berpindah ke pangsapuri Cameron Desa. Sepatutnya kejadian ini tidak patut berlaku keranatempahan di buat seawal 2 bulan lagi. Ini menunjukkan syarikatnya tidak professional menjalankan kerja.
 
Perjalanan kami tetap diteruskan dan sesampainya di Cameron Highland, beliau masih tercari-cari tempat yang kosong namun tidak dijumpai kerana menurutnya semua apartment telah penuh. Akhirnya kami terpaksa mencari sendiri pangsapuri yang boleh di sewa dengan harga RM700 untuk 3 hari 2 malam di pangsapuri Puncak Arabella. Kemudian saya menelefon beliau untuk memaklumkan yang saya telah berjaya mendapatkan tempat penginapan dan beliau berjanji akan memulangkan kembali kesemua wang yang dibayar.
 
Setelah tamat bercuti, saya terus sms no akaun bank supaya beliau kembalikan wang yang dijanjikan. 2 hari kemudian, pihak Careways telah bank in cek ke account saya telah saya bertanyakan status pengembalian wang. Setalah 3 hari waktu bekerja, saya periksa tiada wang yang dimasukkan ke dalam akaun saya. Saya pun terus menghubungi En. Shukri bertanyakan masalah ini. Beliau menyatakan cek telah masukkan. Kerana tidak berpuas hati dengan kenyataannya, saya menghubungi pihak bank untuk memeriksa sebarang transaksi ke akaun saya disepanjang tempoh cek itu dimasukkan. Malangnya memang tiada transaksi yang berlaku. Kemudian saya laporkan perkara ini kepada En. Shukri dan beliau mengakui pekerjanya lupa untuk menulis no akaun saya dibelakang cek yang menyebabkan cek berkenaan tidak boleh diproses. Kemudian, beliau sendiri yang memasukkan cek berkenaan dengan maklumat yang penuh.
 
Setelah mendapat pengesahan beliau, saya terus menunggu 3 hari lagi waktu bekerja sebelum wang berkenaan dimasukkan ke akaun saya. Setelah 3 hari menunggu kejadian seumpama berlaku lagi dimana tiada wang yang dimasukkan ke akaun saya. Semasa menunggu 3 hari berkenaan, memang tiada sebarang transaksi cek yang terapung ke atas akaun saya. Dan sehinga kini, saya masih menunggu wang untuk dikembalikan. Sudah beberapa kali saya telah menelefon telefon bimbit dan juga pejabat, namun tiada panggilan yang dijawab. Setelah itu saya telah sms meminta beliau memasukkan duit secara tunai ke dalam akaun saya pada hari tersebut juga dan beliau masih juga buat tak tau, akhirnmya saya terpaksa melaporkan perkara ini ke pihak polis, tuntutan tribunal pengguna dan kementerian pelancongan atas tuduhan penipuan. Sehingga saat email ini ditulis, memang tiada refund yang diterima.
 
Saya mohon sesiapa yang pernah atau ada berurusan dengan beliau, sila tampil untuk berkongsi pengalaman agar tiada lagi orang yang menjadi mangsa beliau. Kepada mereka yang mahu berurusan dengan mereka, disarankan carilah syarikat agen pelancongan yang lain.Selain itu juga, saya menasihatkan agar berhati-hati semasa  memilih agen, sebaiknya cari travel agen yang sama kawasan dengan tempat anda agar senang untuk berurusan, kemudian pastikan bank-in duit ke akaun syarikat, bukannya akaun individu walaupun individu tersebut adalah bos syarikat dan akhir sekali pastikan anda meminta resit setelah membuat bayaran. Ini adalah untuk mengelakkan penipuan.
 
Sila forward email ini kepada kawan-kawan agar tiada lagi kejadian yang menimpa saya ini terkena kepada mereka yang tidak tahu tentang kegiatan agen pelancongan ini. Sesungguhnya agen pelancongan seperti inilah yang mencacatkan kerancakan dalam industri pelancongan kita.

1 comment:

meng said...

abah den udah 2 kali tekeno... den goram betul... kali ni den takkan lepaskan diaorang... siap la!!