Tuesday, May 26, 2009

Annivesary Gift From Cinta.... :)


Alhamdulillah.... dah nak masuk 1 tahun kami berkahwin...
banyak perkara suka/duka yang dilalui bersama... Alhamdulillah juga kerana Allat SWT telah mengurniakan aku isteri yang sangat2 mengerti dan memahami siapa itu Mohd Haizi bin Mohd Khair.
adat gembira/suka/duka/nangis/ masam muka dan sebagainya adalah lumrah dan rencah hidup orang yang dah berkahwin.
tanyalah kepada sesiapa pun di dunia ini yang telah berkahwin yang tidak pernah mengalami perkara2 sebegini. yang penting, mengikut nasihat orang2 tua, bagaimana kita pasangan suami isteri melayari pelayaran dan gelombang...
teringat pantun ayah aku (Haji Yusof aka Sidang Logo) ..."kocik-kocik dilambung omak...bosa2 dilambung gelombang"....
walauapapun, aku bersyukur dengan anugerah ini....bersyukur dengan kehidupan sekarang ini dan berharap tuhan akan sentiasa merahmati kehidupan kami berdua dan dijauhi dari sebarang masalah dan kesusahan.
dan...sempena ulangtahun pertama ini, semoga Allah memakbulkan doa kami agar dikurniakan cahayamata yang comel dan soleh(solehah) kelak. Insya Allah.
apapun sayang... tq 4da present... i really2 like it... it was too precious for me, my dear.. thanx lot!

4 comments:

Media Siber said...

yeah! dapat hadiah .. hehehe! seronok la tuw.. :)

baBe_ieza said...

tahniah yer...

shinnaz said...

iza..jgn la ckp dulu..belum lagi..1 Jun nti la baru cakap

oneyani said...

hepy anv 1st ye..
kejap je da setahun..
ape hadiah kamu buat cinta??hehehe