Gambar kat bawah nie adalah gambar masa aku mula2 masuk kerja kat Telekom Sales and Services Sdn Bhd (TSSSB) pada awal Februari 2005.. masa nie masih dalam kursus induksi lagi.. almost 3 minggu kitorang seramai 200 org CSR baru berkampung kat TTC (sekarang nie dah tukar nama MMC)..
Gambar nie depan TSSSB HQ... masa nie ada program lawatan ke sana...so, amik lah gambar sebagai kenangan...daripada 9 orang kat dalam gambar tue, dah tinggal 4 orang jer yg masih kerja kat TMpoint...
yang masih berkhidmat dengan TSSSB lagi; berdiri kiri sekali (specky) adalah mazri@rock ..beliau sekarang nie (Head of TMpoint Ampang)... dua dari kiri adalah Fadzly Gibson (TMpoint Batu Lintang), aku (Head of TMpoint Menara TM)...dan enam dari kiri iaitu Syakir(Retail Sales Manger Terengganu) dan yang belakang sebelah kanan sekali yang tak pandang kamera iaitu Zainudin@Ahcong ,Head of TMpoint Kluang..yang lain2 tue, semua dah berhenti..
Gambar kat bawah nie pulak, gambar aku n rakan2 sebagai model TMpoint masa TM mula2 rebranding pada 14 Februari 2005. Dan gambar ini jugaklah yang publish dalam paper Utusan Malaysia bertarikh 15 Februari 2005... kitorang la antara staf terawal yang dapat posing uniform TMpoint...masa tue, uniform semua dijahit oleh Edmunser (M)... sekarang...???? hurmm...lu tengok la sendirik!
btw...pehh....bangga beb... dah la masa tue kurus lagi.. (sekarang dah tak kurus sikit :P) hahaha.. dalam gambar nie pun, daripada 8 orang, la nie tinggal 4 orang jer yang masih bekerja dengan TSSSB. yang lain, dapat offer lain..alaahaii...
haaa... yang last nie pulak..... gambar nie lah antara yang paling berharga dalam hidup aku.. nak tahu kenapa??? masa nie aku jadi panel interview untuk staf baru kat TSSSB.
masa ini juga lah, aku ternampak isteri aku yang cumelz nie....tapi aku tak amik port sangat dengan isteri aku masa tue..malas ahh!!. nama dia pun aku tak tahu!! hahaha... lawak laaa.. aku tak banyak tanya pun dengan dia... aku cuma tanya dia samada dia tahu tak TMpoint Bukit Raja.siap argue2 lagi.. mesti bengkek jer dia time tue..hihiih.....itu jer soalan aku..
at last, masa dia report duty dan sessi pengenalan kan HQ (masa tue aku kat HQ TSSSB), aku ternampak la isteri aku tue..aku ingat2 balik, aku penah jumpa dia masa interview dulu... (tapi, aku tak main pilih kasih untuk select dia aar... majority panel pun agreed)... aku pun agree jerrkk :)
Itulah saat mcm mana aku kenal wife aku sekarang nie.. nak citer lebey2, malu la beb.. hahahahah.. yang pasti, sampai aku menaip dalam blog nie, aku masih lagi berkhidmat di TSSSB... tak tahu la sampai bila ataupun rezeki aku cuma sampai sini sahaja.. wallahualam...
3 comments:
e..syg pernah jadi model ker??sebaik kurus time tuh..haha..eleh..sebenanyer time inteview tu b tak pilih org knkn..org lain yg pilih..kalo da ske tu pilih jela..ni tak..huh!!
sabar ye...
aku tk tau pulak si rock tu bekaca mata.haha. Oit.gambr kenangan dgn aku tkda ke.alahai...
Post a Comment