Tuesday, July 29, 2008

Perpaduan atau Simbolik?


Saya yakin ramai rakyat Malaysia sudah tahu berkenaan isu Muqabalah di antara pucuk pimpinan UMNO dan PAS dalam konteks untuk menyatukan perpaduan Melayu Islam di Malaysia.

Saya tidak tahu samada cara ini dapat menghubungkan ideologi dan kepentingan politik masing-masing. Kerana masing mempunyai agenda sendiri. Saya tidak tahu dan mungkin tidak layak untuk menyatakan keadaan politik sekarang ini namun sebagai generasi muda, apa yang saya nampak ada Pro dan Kontra nya.

Pada dasarya, saya menyokong usahasama ini bagi memantapkan ketuanan Melayu yang saya rasa semakin tercalar dan terhakis di tanah air sendiri. Namun, mungking setengah orang beranggapan ini adalah simbolik kepolitikan semata-mata.

Walaupun kita semua tahu DAP menyelar PAS yang berada di dalam Pakatan Rakyat semasa PRU12 yang lalu, kita tidak nampak di mana silapnya bilamana parti Melayu terbesar ini bersetuju untuk duduk semeja dalam membincangkan isu bangsa dan agama. Mungkin ia akan menunjukkan satu perubahan yang sangat bagus dan mungkin ianya adalah sebaliknya.

Terpulanglah kepada keputusan pucuk pimpinan kedua parti ini berbincang sebaik mungkin bagi kepentingan rakyat di bawahnya. Kami sebagai rakyat akan sentiasa menantikan suatu yang baik akan berlaku....

Salam...

No comments: